fbpx
Now Reading
“Macam Flying Dutchman” – Ramai Puji Kreativiti Individu Ini Cipta RC Plane Bentuk Kapal One Piece [Video]

“Macam Flying Dutchman” – Ramai Puji Kreativiti Individu Ini Cipta RC Plane Bentuk Kapal One Piece [Video]

Dalam video tersebut, turut kelihatan beberapa miniatur daripada anime One Piece seperti Monkey D. Luffy, Roronoa Zoro dan Tony Tony Chopper yang diletakkan di atas kapal mainan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hobi bermain dan mengumpul koleksi mainan alat kawalan jauh atau RC (remote control) bukan hanya diminati kanak-kanak, bahkan ia juga menjadi kegemaran golongan dewasa terutamanya lelaki.

Malah, ada juga yang sanggup berhabis ratusan atau ribuan ringgit demi mendapatkan RC seperti kereta, lori mahupun kapal terbang kegemaran mereka.

Tidak hanya itu, ada juga yang menggunakan kreativiti tersendiri dengan mencipta RC kapal terbang dengan pelbagai bentuk.

Kreatif! RC Plane bentuk kapal One Piece

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang individu telah mencipta ‘RC plane’ yang berbentuk kapal di dalam anime terkenal ‘One Piece’.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @capt.haiman, kelihatan RC aircraft itu terbang layaknya seperti sebuah kapal terbang namun mempunyai bentuk seperti kapal layar digunakan lanun british terdahulu.

Miniatur One Piece diletakkan di atas kapal terbang mainan itu

Dalam video tersebut, turut kelihatan beberapa miniatur daripada anime One Piece seperti Monkey D. Luffy, Roronoa Zoro dan Tony Tony Chopper yang diletakkan di atas kapal mainan itu.

“Lepak dengan otai, memang banyak racun,” ringkas tulisnya di ruangan kapsyen.

Pemilik akaun yang turut dikenali sebagai A&A Venture itu difahamkan banyak berkongsi mengenai kapal terbang alat kawalan jauh.

Netizen beri pelbagai reaksi, siap puji kreativiti individu yang menciptanya

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas menonton video terbabit.

Ada yang mendakwa kapal terbang tersebut kelihatan seperti cerita hantu fiksyen ‘Flying Dutchman’ yang begitu sinomin dengan para pelayar zaman dahulu, malah watak itu turut dimasukkan ke dalam kartun SpongeBob SquarePants.

Tidak hanya itu, kebanyakan netizen turut memuji kreativiti dan kehebatan individu yang mencipta kapal terbang mainan berkenaan yang disifatkan sebagai pemikiran di luar kotak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.