fbpx

KLIA Duduki Tangga Ke-8 Lapangan Terbang Paling Teruk Di Asia, Menurut Pengembara Bisnes

Menurut Business Financing, penilaian ini diperolehi daripada purata ulasan pengembara bisnes yang diambil dari seluruh lapangan terbang utama di Asia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang kini dikenali sebagai KLIA Terminal 1 merupakan salah satu lapangan terbang utama di Malaysia yang menjadi tumpuan para pelancong daripada luar negara.

Bagaimanapun, siapa sangka KLIA mencuri perhatian apabila tersenarai sebagai salah satu lapangan terbang terburuk di Asia, menurut laporan portal Business Financing pada 23 Februari lalu.

KLIA duduki tangga ke-8 dalam senarai lapangan terbang paling teruk di Asia

Difahamkan, KLIA menduduki tangga ke-8 dalam senarai lapangan terbang paling teruk dengan jumlah skor sebanyak 3.36 yang diberikan oleh pengembara perniagaan (business traveller).

Menerusi senarai yang dikongsikan, kelihatan Malaysia berkongsi tempat dan mata dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai yang turut berada di tangga ke-8 dengan penilaian 3.36.

Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Thailand pula berada di atas Malaysia dengan nilai 3.45 berdasarkan penilaian pengembara bisnes.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait paling teruk di Asia

Bagaimanapun, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait pula menduduki tangga tercorot sebagai lapangan terbang paling buruk di Asia dengan hanya mengumpul mata 1.69 dan diikuti oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Almaty, Kazakhstan dengan ‘rating’ 2.26 sahaja oleh pelancong bisnes.

Arab Saudi, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz juga berada di tempat ke-3 terburuk di Asia dengan hanya mendapat mata 2.72 lebih rendah berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Filipina (2.78).

Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Vietnam terbaik di Asia dan dunia

Di sebalik negara-negara besar Asia yang mendapat pengiktirafan rendah ini, siapa sangka Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Vietnam pula berada di kedudukan teratas sebagai lapangan terbang terbaik di Asia, bahkan di dunia dengan skor sebanyak 6.80.

Manakala, Lapangan Terbang Changi di Singapura yang sememangnya cukup dikenali ramai berada di tempat ke-2 lapangan terbang terbaik di Asia dan dunia dengan penilaian 6.63 diikuti oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, China (6.48) berdasarkan penilaian pengembara bisnes.

Menurut laporan, penilaian ini diperolehi daripada purata ulasan pengembara peniagaan yang diambil dari seluruh lapangan terbang utama di Asia.

KLIA pernah dinobat lapangan terbang terbaik dunia oleh ASQ

Sekadar info, sekitar tahun 2022 yang lalu, KLIA pernah dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik dunia dengan mencatatkan skor penuh 5.00 dalam kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) pada suku ketiga (S3 2022).

Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), KLIA juga sebelum ini berada di kedudukan teratas pada suku kedua (S2 2022), lapor Sinar Harian.

Rekod terbaik yang pernah dipegang KLIA adalah pada tahun 2001 apabila menjadi lapangan terbang nombor dua terbaik di dunia.

Malah, ia juga konsisten dalam senarai 100 lapangan terbang terbaik di dunia sejak bertahun lamanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.