fbpx
Now Reading
Ramai Terhibur Lihat Gelagat Isteri Terpaksa Jawab Soalan Matematik Untuk ‘Off Alarm’ Telefon Suami [Video]

Ramai Terhibur Lihat Gelagat Isteri Terpaksa Jawab Soalan Matematik Untuk ‘Off Alarm’ Telefon Suami [Video]

Meskipun suaminya meletakkan beberapa soalan matematik namun wanita berkenaan tetap berusaha menjawabnya demi menghentikan alarm berkenaan dari terus berbunyi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan jam penggera atau alarm merupakan teknologi yang banyak membantu orang ramai untuk bangun tepat pada waktunya.

Malah jika dahulu rata-rata menggunakan jam khas tetapi pada zaman teknologi terkini jam penggera boleh ditetapkan terus daripada telefon pintar.

Bukan hanya itu, anda juga boleh memilih lagu-lagu tertentu untuk mengejutkan anda untuk bangun dari tidur.

Lelaki siap buat soalan untuk tutup alarm dekat telefon pintar

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki bergelar suami yang menetapkan bunyi alarm pada telefon pintarnya untuk bangun di waktu pagi.

Namun bezanya dia tidak hanya menetapkan waktu dan bunyi sebaliknya terdapat usaha tambahan yang akan mengasah minda apabila bangun pagi untuk menutup jam penggera itu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @manusiabiasaje189 di TikTok, awalnya kelihatan jam penggera pada telefon pintar telah berbunyi tepat jam 5.49 pagi.

Sekali bagi tiga soalan matematik

Sang isteri yang sedar akan bunyi alarm tersebut kemudian segera ingin menutupnya namun sebelum ia berjaya ditutup, wanita berkenaan perlu menjawab beberapa soalan.

Soalan yang disediakan untuk menutup jam penggera itu dari berbunyi adalah soalan matematik.

Apa yang lebih menarik perhatian, si suami turut menyediakan sebanyak tiga soalan matematik untuk menutup jam berkenaan dari terus berbunyi.

“Bila suami kau punya telefon nak tutup jam penggera, dia suruh kita kira matematik. Tengah-tengah ya Alia. Otak pun tak dan (belum) sempat nak panas enjin.

“Pagi-pagi nak mengira matematik kome (awak semua) weii,” tulisnya dalam video itu.

Malah dia dalam video itu turut menyatakan inilah cara untuk menutup jam penggera suaminya.

@manusiabiasaje189

alarm clock suami ku. nak tutup kemain dia suh kita kira matematik..tengah tengah subuh kome weii..

♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto

Ramai terhibur dengan cara si suami, tak kurang ada yang tanya macam mana nak buat

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan perkara tersebut. Tidak kurang juga ada yang bertanya bagaimana soalan itu ditetapkan dalam telefon bimbit.

Ada juga yang bertanya sekiranya soalan diberikan itu dijawab dengan salah apa yang akan berlaku. Wanita itu memaklumkan jam tersebut akan berbunyi sekali lagi kerana ia tidak dapat dimatikan.

Bukan hanya itu, ada yang berseloroh jika menjawab soalan tersebut di pagi hari pasti ia tidak akan membuatkan seseorang untuk kembali tidur semula kerana otak sudah segar.

“Fitrah manusia bila alarm bunyi akan tekan snooze.. akhiranya lambat.. Method baru ni bagus”

“Memang terus bangunlah sebab otak dah jalan”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.