Wanita Pakistan Pakai Dress Kaligrafi Arab Cetus Kekecohan, Didakwa Hina Agama [Video]
Wanita itu kemudian dibawa ke balai polis sebelum beberapa ilmuan agama mengesahkan bahawa teks di atas baju itu adalah kaligrafi Arab dan bukannya ayat-ayat al-Quran.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang wanita di Pakistan pada Ahad lalu (26 Februari) berdepan detik cemas apabila dikerumuni ratusan orang awam yang marah selepas dia didakwa telah menghina agama Islam dengan memakai pakaian kaligrafi Arab.
Kejadian dilaporkan berlaku di salah sebuah restoran di Lahore apabila orang ramai menyangka pakaian yang dipakai oleh wanita terbabit merupakan ayat suci Al-Quran.
Wanita berjaya diselamatkan polis daripada ratusan orang awam yang berang
Memetik laporan BBC, wanita itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pihak polis Pakistan yang berada di lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam sekitar 1.10 tengah hari berhubung insiden terbabit.
Asisten Superintendan Syeda Shehrbano berkata, dianggarkan lebih kurang 300 orang telah berkumpul di luar restoran mengerumuni wanita terbabit pada waktu itu.
Syeda dikatakan terpaksa berunding dengan ratusan orang awam untuk menenangkan kekecohan yang sedang berlaku.
“Kami memberitahu mereka bahawa kami akan membawa wanita itu bersama kami, tindakan dia akan diambil kira dan kami menuntutnya bertanggungjawab atas apa juga jenayah yang dilakukan menurut undang-undang negara,” katanya.
In Pakistan a woman is surrounded by a mob who has Arabic script on her dress & accuse her of blasphemy. It says "happy life".
— David Atherton (@DaveAtherton20) February 26, 2024
Nevertheless, the police have to rescue her. pic.twitter.com/QHu4pNmhIl
Dalam satu rakaman yang tular di media sosial, kelihatan Syeda terpaksa menutupi baju wanita itu dengan jubah berwarna hitam dan kepalanya dengan tudung sebelum dibantu oleh anggota polis lain yang membuka laluan agar dia dapat diiring keluar dengan selamat.
Wanita itu kemudiannya dibawa ke balai polis sebelum beberapa ilmuan agama mengesahkan bahawa teks di atas baju itu adalah kaligrafi Arab dan bukannya ayat-ayat al-Quran.
Pakaian kaligrafi Arab tertera tulisan ‘Halwa’ bermaksud cantik
Difahamkan, kaligrafi yang tertera pada pakaian itu adalah ‘Halwa’ yang bermaksud ‘cantik’ dalam bahasa Arab.
ilmuan-ilmuan agama itu tampil dalam satu video untuk memberi penjelasan dan wanita berkenaan turut membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Saya tidak mempunyai niat sedemikian, ia berlaku secara tidak sengaja. Bagaimanapun, saya memohon maaf atas segala yang berlaku dan saya akan memastikan ia tidak berulang lagi,” kata wanita terbabit.
Dia pada masa sama, turut mengakui dirinya seorang Muslim yang taat dan tidak akan melakukan penghinaan terhadap agama.
A Pakistani police officer is being hailed as a hero for negotiating the safe escort of a woman accused of blasphemy by a mob in Lahore. The woman was wearing a dress with Arabic calligraphy that the crowd mistook for verses from the Quran ⤵️ pic.twitter.com/3uFgUXuGCg
— Al Jazeera English (@AJEnglish) February 26, 2024
Mempertahankan agama daripada dihina merupakan satu tanggungjawab yang tidak dinafikan, namun sebagai seorang Muslim seharusnya mengkaji dahulu sebelum bertindak sesuka hati mengikut perasaan.
Sekadar info, undang-undang Pakistan melarang tindakan atau kesalahan bercakap secara keji mengenai tuhan atau perkara suci dan memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.