fbpx
Now Reading
Influencer China Melancong Ke Semporna, Kutuk Makanan Tak Sedap & Tiada Penutur Mandarin [Video]

Influencer China Melancong Ke Semporna, Kutuk Makanan Tak Sedap & Tiada Penutur Mandarin [Video]

Video tersebut telah dimuat naik oleh wanita berkenaan ke platform Douyin pada awalnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/anthraxxx781/status/1763039014821785721

Rakyat Malaysia mungkin sering berbalah atas pendapat berbeza. Namun ada sesuatu yang pasti akan menyatupadukan kita semua, iaitu MAKANAN!

Warganegara Malaysia merupakan golongan yang amat menghargai segala hidangan dihasilkan di dalam negara, apatah lagi makanan kebanggaan seperti nasi lemak.

Apabila ada masyarakat luar yang mengutuk makanan di Malaysia, pasti setiap daripada kita akan terasa hati serta bertindak mempertahankan makanan dan negara tercinta.

Terbaharu, seorang pengguna laman X (@anthraxxx781) telah memuat naik satu video yang menunjukkan seorang wanita didakwa pelancong dari China.

Wanita tersebut yang dipercayai melancong ke Semporna, Sabah, dikatakan merungut tentang orang tempatan yang tidak boleh berbahasa Cina.

Pelancong Kata Makanan Tidak Boleh Dimakan

Di ruangan komen, seorang pengguna lain (@xgpingx) telah menterjemahkan apa yang dikatakan oleh wanita tersebut.

Menurutnya, wanita tersebut berkata dia baru hari pertama tiba di Malaysia dan ‘hampir mati kelaparan’ di tepi jalan.

Dia kemudiannya merakamkan beberapa hidangan termasuk lauk-pauk serta berkata ini adalah makanan yang ada di bandar itu dan tidak boleh dimakan.

Katanya lagi, dia bernasib baik kerana telah menemui restoran Cina dan memesan nasi ayam istimewa.

Namun begitu, pelancong China itu didakwa berkata makanan di kedai tersebut mengandungi terlalu banyak air dan berasa tawar.

Pelancong Adalah Seorang Influencer China

Dalam video tersebut yang pada asalnya dimuat naik ke platform Douyin, wanita itu yang merupakan seorang influencer berkata hampir tiada sesiapa boleh berbahasa Mandarin di sana, lapor The Star.

Wanita tersebut juga cuba untuk mencari restoran makanan laut tetapi tidak boleh berkomunikasi kerana dia hanya boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.

“Siapa kata ramai orang Cina di sini dan saya tak perlu gunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi? Sejak saya sampai sini semalam, saya telah bertemu tiga hingga empat orang Cina. Yang lain tidak boleh berbahasa Mandarin,” kata wanita itu menurut penterjemah.

Netizen Kritik Perangai Influencer China

Perkara tersebut menyebabkan orang ramai mengkritik influencer tersebut kerana berharap supaya orang lain boleh berbahasa Mandarin walaupun dia melancong ke negara lain.

Ada juga individu yang berkata caranya adalah seperti mengutuk masyarakat Cina di Malaysia kerana tidak boleh berbahasa Mandarin.

Beberapa individu lain berkata masyarakat di Semporna mempunyai bahasa ibunda mereka yang tersendiri, di samping boleh berbahasa Melayu dan Inggeris.

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Malaysia Pertahankan Nasi Lemak Selepas Dikritik Tidak Sedap Oleh Pelancong Dari China

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.