fbpx
Now Reading
Pemuda Mahu Masuk Wang ‘Lucky Draw’ RM310k Baru Dimenangi Dalam Akaun Bank Kekasih Raih Perhatian [Video]

Pemuda Mahu Masuk Wang ‘Lucky Draw’ RM310k Baru Dimenangi Dalam Akaun Bank Kekasih Raih Perhatian [Video]

Pelawak Achey selalu emcee dan penganjur bagaimanapun menghalang pemuda berkenaan dan memintanya untuk mendapatkan nombor akaun bank milik ahli keluarga terdekatnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cabutan bertuah kebiasaannya akan dilakukan di sebuah majlis dengan cara mencabut undi berdasarkan nombor atau nama secara rawak.

Pelbagai hadiah yang ditawarkan setiap kali diadakan cabutan bertuah. Bagi yang bernasib baik, pasti nombor atau namanya akan dipanggil sekali gus membawa pulang hadiah yang dimenanginya.

Pemuda menang cabutan bertuah Nissan GTR, pilih untuk tukar kepada wang tunai

Seperti baru-baru ini, tular seorang lelaki muda berusia 22 tahun yang memenangi hadiah cabutan bertuah atau giveaway berupa sebuah Nissan GT-R R35 ketika majlis Jom Santai Food Festival di Terengganu bersama jenama pakaian tempatan, Choii.

Pemuda tersebut bagaimanapun memilih untuk menukarkan hadiah yang dimenanginya itu dengan wang tunai menyebabkan kereta berkenaan terpaksa dibuka untuk bidaan.

Bagai sudah tertulis, kereta tersebut berjaya dibida oleh seorang lelaki dengan harga RM310,000.

Minta wang RM310,000 ‘ditumpangkan’ dalam akaun bank GF sebab bateri telefon mati

Namun apa yang mengejutkan ramai, pemuda tersebut meminta agar wang sebanyak RM310,000 itu dimasukkan ke dalam akaun bank kekasihnya yang turut berada di majlis berkenaan.

Difahamkan, dia memilih untuk memasukkan wang yang ingin dihantar secara dalam talian itu ke akaun bank milik kekasihnya selepas telefon bimbitnya mati kerana kehabisan bateri.

“Ada akaun bank? Tak akan akaun bank tak ingat? Awek hang punya akaun bank, panggil dia naik atas,” kata Faris Azri, pemilik Choii.

Ramai halang, cadang duit patut masuk dalam akaun bank adik beradik

Bagaimanapun, orang ramai serta juruacara majlis iaitu pelawak terkenal, Achey melarang pemuda terbabit daripada memasukkan duit berkenaan ke dalam akaun bank wanita itu.

“Jangan bagi, jangan bagi,” jeritan penonton yang berada di hadapan pentas.

Sebaliknya, mereka menyarankan agar pemuda yang dipercayai datang daripada Kelantan itu untuk memberikan nombor akaun bank milik adik beradik atau ibu bapanya.

“Kalau tanya saya, saya tak akan benarkan. Tak boleh, bahaya, akaun awek tak boleh, kalau akaun isteri mungkin (boleh), mana adik beradik dia,” kata Achey.

Di akhir video, kelihatan krew acara terpaksa memberikannya ‘powerbank’ agar telefon bimbit pemuda itu dapat dihidupkan semula selepas cubaan untuk mendapatkan akaun bank ibu serta adik beradiknya juga gagal.

Pihak penganjur juga bertegas agar wang yang akan dimilikinya itu hanya dimasukkan terus ke akaun bank miliknya atau ahli keluarga terdekat sahaja.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen tercengang dengan keputusan lelaki berkenaan.

Namun ada juga yang berpendapat dia hanya berniat untuk menumpangkan wang tersebut secara sementara memandangkan telefonnya sudah kehabisan bateri.

Ada juga yang mendakwa akhirnya wang tersebut berjaya dimasukkan ke akaun bank milik pemuda itu sendiri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.