fbpx

Banyak Vitamin & Baik Untuk Kulit? Jom Ketahui Khasiat Petai Yang Masih Ramai Tak Tahu

Petai juga mengandungi 8% protein, 11% karbohidrat dan 71% air serta banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti ada di kalangan kita yang gemar memakan buah petai bukan? Tak kisah lah juadah apa pun kalau ada petai automatik berselera.

Malah, ada juga yang suka memakan petai begitu sahaja sebagai ulam tanpa perlu dimasak. Hanya cicahkan petai dengan sambal belacan dan makan bersama nasi putih.

Tapi, tahukah anda bahawa buah petai ini sebenarnya memiliki banyak khasiatnya yang baik untuk tubuh badan kita.

Foto: Freepik

Papan petai yang berbintil-bintil banyak lemak dan protein

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada kulit luarannya (papan) dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak lebih tinggi berbanding tumbuhan hutan lain, lapor Berita Harian.

Jadi, kalau ada yang inginkan protein dan lemak yang lebih untuk tubuh badan, carilah petai yang mempunyai banyak bintil daripada yang nampak licin dah bersih.

Selain itu, petai juga mengandungi 8% protein, 11% karbohidrat dan 71% air serta banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Petai ada ejen antioksidan yang baik untuk kulit

Tidak hanya itu, kandungan klorofil dalam biji petai juga berfungsi sebagai ejen antioksidan yang baik untuk kulit.

Ejen antioksidan ini dapat memastikan kesegaran tubuh dan memperbaiki sistem penghadaman bagi yang mengamalnya (makan petai).

Foto: Facebook/Isaac Osman Fans

Pokok petai dapat kawal hakisan tanah

Selain khasiat yang dimilikinya, pokok petai yang ditanam juga mampu memberi manfaat kepada alam seperti mengawal hakisan dan menjadi sumber makanan haiwan ternakan.

Pokok petai hanya berbuah dua kali setahun iaitu pada Mac hingga April dan Ogos hingga September selain ia kebiasaannya ditanam menggunakan biji benih dan keratan batang.

Pokok petai adalah pokok saka yang besar dan rendang serta boleh tumbuh setinggi 30 meter. Batangnya lurus, berwarna kelabu keperang-perangan, licin manakalan bentuk silaranya rendang dan terbuka.

Foto: BuzzKini

Panjang papan petai ini boleh mencecah sehingga 50 meter dan lebarnya pula boleh membawa ke lima sentimeter.

Setiap lenggai buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.