fbpx
Now Reading
Lelaki Tak Sedar Kemalangan Dengan Shakilla Khoriri, Siap Minta Selfie Lepas Tahu [Video]

Lelaki Tak Sedar Kemalangan Dengan Shakilla Khoriri, Siap Minta Selfie Lepas Tahu [Video]

Shakilla dilihat tenang dengan situasi tersebut dan hanya memaklumkan tentang kesalahan penunggang terbabit yang berada terlalu rapat dengan belakang keretanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemalangan jalan raya merupakan sesuatu musibah yang pasti tidak dapat dielak sekiranya ia sudah menjadi ketentuan Allah SWT.

Bukan hanya orang awam, golongan VVIP mahupun selebriti-selebriti pasti tidak dapat menghindari daripada kemalangan di atas jalan raya.

Shakilla Khoriri terlibat kemalangan kecil, dirempuh motosikal dari belakang

Seperti baru-baru ini, pelakon wanita Shakilla Khoriri juga terlibat dalam satu kemalangan kecil di sebuah jalan dipercayai di Sungai Buloh, Selangor pada baru-baru ini.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, kemalangan terbabit dipercayai berlaku selepas kenderaan yang dipandunya dirempuh sebuah motosikal dari arah belakang.

Rempuhan motosikal yang ditunggangi seorang lelaki itu menyebabkan klip pada bahagian bumper bawah keretanya tercabut.

“Macam mana ni kak? Saya nak elak daripada akak, saya cuba nak ke kiri akak break,” kata lelaki itu.

Shakilla kekal tenang lepas kemalangan

Bagaimanapun, Shakilla dilihat tenang dengan situasi tersebut dan hanya memaklumkan tentang kesalahan penunggang terbabit yang berada terlalu rapat dengan keretanya dari arah belakang.

“Yang kau pula ikut dekat-dekat kenapa? Nasib baik tak mati tau tak, kalau ada lori, jatuh ke, meminta kau kan,” kata Shakilla.

Penunggang motosikal lambat sedar kemalangan dengan artis, siap minta selfie lepas tahu

Namun, setelah sekian lama mereka berdua berada di atas jalan kerana insiden kecil itu, lelaki terbabit seakan baru sedar bahawa dia sebenarnya terlibat dalam kemalangan dengan seorang pelakon wanita.

“Akak ni bukan artis ke,” soalnya.

Lebih menghiburkan, penunggang terbabit turut meminta untuk bergambar bersama dengan Shakilla yang dianggapnya sebagai suatu rezeki.

“Kau dah langgar kereta aku sampai dan rompong mulut dia dekat bawah lepas itu nak bergambar. Nasib baik hari ini mood aku baik eh,” seloroh Shakilla.

@shakillakhoriri

Akuuu lahhh budak bertuahhhh ni kannnnn……. Hasihhh 🙄

♬ original sound – SHAKILLA KHORIRI – SHAKILLA KHORIRI

Netizen terhibur dan puji sikap Shakilla yang baik hati

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terhibur melihat telatah lelaki berkenaan yang mengajaknya berswafoto selepas mengetahui dirinya kemalangan kecil dengan seorang artis wanita.

Tidak hanya itu, kebanyakan netizen juga memuji sikap Shakilla yang dilihat tetap baik hati meskipun baru sahaja terbabit kemalangan angkara kesilapan orang lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.