“The Last Man Standing” – Lelaki Jepun Dipuji, Konsisten 2 Bulan Solidariti Untuk Palestin Seorang Diri [Video]
Lelaki yang dikenali sebagai Furusawa seakan memahami penderitaan dialami oleh penduduk Palestin itu menginginkan agar Israel menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Serangan balas Israel terhadap Palestin yang bermula pada pertengahan Oktober tahun lalu sudah hampir memasuki bulan kelima mengakibatkan ribuan nyawa penduduk Gaza yang tidak bersalah terkorban.
Sejak ia tercetus, ramai pihak daripada seluruh dunia mula melakukan solidariti demi menuntut keadilan terhadap nasib penduduk Gaza yang berterusan ditindas oleh rejim Zionis.
Bagaimanapun, selepas beberapa bulan, usaha solidariti dilihat semakin pudar akibat kekangan masa dan sebagainya.
Tular lelaki Jepun konsisten buat solidariti terhadap Gaza seorang diri
Namun, lain pula dengan seorang lelaki warga Jepun yang dikenali sebagai Yusuke Furusawa ini apabila tular di media sosial kerana semangatnya yang tetap konsisten melakukan solidariti meskipun seorang diri.
Menerusi satu ciapan di akaun Twitter @mynewshub, Furusawa dikatakan konsisten berdemonstrasi seorang diri sambil memegang papan tanda yang tertera ‘Stop Gaza Genocide’.
Yusuke Furusawa mahu rejim Zionis hentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza
Furusawa yang seakan memahami penderitaan dialami oleh penduduk Palestin itu menginginkan agar Israel menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
“Inilah baru semangat perjuangan Palestin yang semakin luntur di jiwa kita saban hari, ayuh perbaharui tekad untuk membantu rakyat Palestin mulai saat ini,” tulis di ruangan kapsyen.
Video tersebut dipercayai diambil dari akaun Instagram @wearthepeace, yang banyak memuat naik video-video mengenai isu kemanusiaan di dunia.
Sudah 2 bulan lelaki di Jepun ini berdemo berseorangan setiap hari menuntut agar genosid di Gaza dihentikan….
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 9, 2024
Inilah baru semangat perjuangan Palestin yang semakin luntur di jiwa kita saban hari…..ayuh..perbaharui tekad untuk membantu rakyat Palestin mulai saat ini.. pic.twitter.com/T9Qded1i77
Salah sebuah komen daripada @eye5wide0pen, turut menyatakan sebelum ini ada seorang lelaki seperti Furusawa pernah melakukan perkara sama semasa perang Vietnam dahulu dengan berdiri di depan ‘White House’ pada setiap malam selama lebih setahun.
Malah pemilik akaun tersebut turut mendakwa bahawa salah seorang wartawan telah menanyakan kepada lelaki terbabit mengapa dia melakukan perkara tersebut meskipun dia tahu bahawa tindakan tersebut tidak akan mengubah polisi negara terbabit.
Solidariti bukan untuk ubah negara, tapi taknak negara ubah pendirian dirinya
Namun jawapan yang diberikan oleh individu itu amat mengejutkan, dia menyatakan bahawa tindakannya itu bukanlah untuk menukar pendirian sesuatu negara, tetapi untuk memastikan negara tidak mengubah pendirian dirinya.
“Saya tak buat perkara ini untuk mengubah negara. Saya buat ini agar negara tidak mengubah (pendirian) saya,” kata lelaki yang dikenali sebagai Abraham Johannes Muste.
Netizen puji dan sokong tindakan Furusawa
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji semangat yang dibawa oleh Furusawa untuk tetap menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin meskipun berseorangan.
Malah mereka turut memberi sokongan terhadap lelaki terbabit dengan mengikutinya di akaun Instagram @furusawayusuke_.
Done. Tentu dia terkejut tiba² saja ramai followers dari Malaysia 🤭
— Mohsien (@mohsienshah) March 10, 2024
Thanks for your support.
— 甲羅干し懸垂 (@MB_NE_NW) March 11, 2024
Yusuke
Hebat. Respect…
— DaniImpreza (@Fakarud29651516) March 10, 2024