“Cikgu Aku Dulu Macam Warden Penjara”- Guru Peluk & Dukung Murid Darjah 1 Curi Perhatian Ramai [Video]
Kelihatan seorang murid perempuan berumur tujuh tahun sedang memeluk guru dikenali sebagai Nur Ayuni kerana masih belum menyesuaikan diri di sekolah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Buat kanak-kanak yang baru sahaja berumur 7 tahun, melangkah ke alam persekolahan mungkin detik-detik yang menakutkan kerana mereka perlu berkenalan dengan orang baru.
Seperti yang ditunjukkan oleh murid-murid penggal 2024/2025, pelbagai gelagat lucu dan sedih berlaku semasa hari pertama persekolahan.
Sebelum ini, beberapa orang kanak-kanak dilihat menitiskan air mata dan ‘meraung’ ketika masuk ke bilik darjah walaupun ditemani oleh ibu bapa di sisi mereka.
Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Murid Kembali Ke Sekolah Cuit Perhatian Ramai, Siap ‘Flashback’ Momen Waktu Kecil
Guru Penyayang Dukung & Peluk Murid PPKI Yang Sedih
Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@ayuni.mae), menyaksikan seorang guru sekolah kebangsaan dikenali sebagai Nur Ayuni sedang melakukan tugas di mejanya.
Namun selepas beberapa ketika, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun datang ke tempat Cikgu Ayuni lalu mendakapnya.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut adalah murid pendidikan khas di mana golongan ini memerlukan perhatian lebih berbanding yang lain. Jelas Cikgu Ayuni di ruangan kapsyen, murid tahun satu itu masih tidak biasa dengan persekitaran sekolah yang baru tersebut.
Dia peluk sebab dia nak cool down sebenarnya. Semoga awak dapat sesuaikan diri secepatnya.
Cikgu Ayuni.
Walaupun guru tersebut memujuk kanak-kanak perempuan itu beberapa kali dengan belaian dan tepukan di bahagian belakang badan, namun si kecil masih tidak mahu berpisah dengan cikgu kesayangannya itu. Memang kelihatan manja sungguh!
Netizen Bandingkan Guru Zaman Dulu & Sekarang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap penyayang cikgu ini. Ada juga yang meninggalkan komen-komen lucu dan ada segelintir yang berseloroh mahukan orang seperti Cikgu Ayuni untuk mengajar mereka pada masa dulu.
“Cikgu darjah satu aku dulu macam warden penjara,” kata seorang individu.
Dalam masa sama ada yang menyifatkan guru pada era sebelum ini sangat garang jika dibandingkan dengan pengajar Gen Z.
“Cikgu sekarang semua lemah-lembut. Kalau dulu, depan pintu pagar dah macam harimau menunggu,” kata seorang warganet.
Sementara itu, ramai juga di kalangan netizen turut mengharapkan agar anak mereka dilayan baik oleh guru sebegitu rupa ketika berada di pekarangan sekolah.
“Tahun depan anak masuk Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Hopefully dapat cikgu penyayang macam ni, layan sahaja. Anak saya pun manja. Macam budak 2-3 tahun lagi kefahaman dia. Risau cikgu garang sangat, anak cepat trauma,” jelas seorang ibu.
Baca Artikel Berkaitan: Terlalu Seronok Pergi Sekolah, Murid Darjah 1 Sampai Menangis Tak Nak Balik Rumah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat ‘Putera Raja’ Jatuh Dari Tandu Semasa Perbarisan Sekolah Buat Ramai Terhibur