Pakar Kiropraktor Dedah Sujud Ketika Solat Beri Banyak Manfaat Kesihatan [Video]
Menurut doktor itu, melakukan sujud secara berkala juga boleh menyumbang kepada kekuatan dan fleksibiliti yang lebih baik pada otot belakang serta mengurangkan kesakitan leher dan bahu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Melakukan solat fardu sehari lima waktu merupakan rukun Islam kedua yang wajib diamalkan sebagai seorang hamba kepada Allah SWT.
Di dalam rukun solat pula terdapat 13 perkara yang perlu dituruti seperti berdiri (bagi yang mampu), niat, Takbiratul Ihram, baca surah Al-Fatihah, Rukuk, Iktidal, Sujud dan duduk di antara dua sujud dan lain-lain.
Maka perkara-perkara ini perlu dilakukan oleh umat Islam pada setiap hari. Namun tahukah anda solat juga mempunyai kebaikan untuk kesihatan manusia.
Doktor dedah sujud beri manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental
Seorang pakar kiropraktor di Dubai yang dikenali sebagai Dr Haleema mendedahkan bahawa bersujud di dalam sembahyang Islam mempunyai banyak manfaat kesihatan dari segi fizikal dan mental.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @dr.haleema.chiro, beliau berkata posisi sujud dapat membantu meningkatkan aliran darah ke otak selain dapat meningkatkan fungsi otak dan kesihatan mental.
“Ia memberikan kesan menenangkan, mengurangkan tahap kegelisahan dan tekanan,” katanya.
Sujud boleh beri kekuatan otot dan mengurangkan kesakitan leher serta bahu
Menurutnya lagi, melakukan sujud secara berkala juga boleh menyumbang kepada kekuatan dan fleksibiliti yang lebih baik pada otot belakang serta mengurangkan kesakitan otot belakang, leher dan bahu.
“Ia juga dapat memberikan rasa kestabilan sekali gus menyumbang kepada keseimbangan emosi dan kesejahteraan.
“Ia juga mendorong rasa syukur, kesungguhan, dan hubungan dengan yang Maha Esa,” katanya lagi.
Susulan itu, Dr Haleema menyarankan orang ramai untuk mengambil masa yang lama ketika sujud agar darah dapat mengalir dan otot boleh meregang.