Pencemaran Tasik Taman Matahari Bukan Dari Loji Kumbahan – IWK

Baru-baru ini kecoh di media sosial video mengenai pencemaran yang berlaku di sebuah tasik di Kulai, Johor.

Video berkenaan yang dimuat naik di Facebook memperlihatkan ratusan ikan mati dan ada yang dalam keadaaan mabuk di Tasik Taman Matahari, Bandar Indahpura, Kulai.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon kemudiannya berkata, siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor mempercayai ianya disebabkan pencemaran air yang berpunca daripada sebuah loji rawatan kumbahan.

“Siasatan lanjut oleh pasukan penyiasat JAS Johor mendapati sistem rawatan komponen loji itu mengalami kerosakan dan gagal berfungsi dengan baik,” kata Ling.

Efluen dari loji kumbahan tidak mengalir ke kawasan tasik yang tercemar

Terbaharu Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menafikan dakwaan bahawa pencemaran di Tasik Taman  Matahari itu berpunca daripada pembuangan air kumbahan atau efluen yang dilepaskan dari loji rawatan kumbahan berdekatan.

IWK menerusi satu kenyataan berkata, Pasukan Operasi IWK telah menjalankan siasatan menyeluruh di loji rawatan kumbahan yang terlekat berdekatan dengan tasik tersebut pada 19 Mac.

“Hasil kajian menunjukkan bahawa efluen yang dilepaskan dari loji  itu mematuhi peraturan yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (DOE). Hasil semakan juga mengesahkan bahawa efluen yang dilepaskan dari loji berkaitan, tidak mengalir ke kawasan tasik yang dilaporkan tercemar.”

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

“Tiada ikan mati di lokasi efluen IWK dilepaskan”

Menurut IWK lagi, Tasik Taman Matahari mempunyai dua bahagian berbeza. Efluen yang dilepaskan dari Loji  Rawatan Kumbahan IWK disalurkan ke bahagian tasik yang berasingan, dan ianya berbeza daripada kawasan yang telah dilaporkan tercemar.

Susulan siasatan lanjut, pihaknya mengesahkan bahawa tiada ikan mati ditemui di lokasi di mana efluen loji IWK dilepaskan. 

“IWK komited untuk menangani kes pencemaran dan berusaha untuk menyediakan  perkhidmatan pembetungan yang cekap, termasuk mengekalkan Loji Rawatan Kumbahan  dalam keadaan optimum untuk memastikan operasi yang efektif. Adalah ditegaskan di sini  bahawa semua efluen terawat yang dilepaskan dari Loji Rawatan Kumbahan IWK mesti  memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang mengawal selia.”

Recent Posts

  • Trending

Tular 4 Individu Selamba Tunggang Motosikal Tanpa Helmet Siap Langgar Lampu Merah [Video]

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak…

2 hours ago
  • Trending

Peminat Tegur Hasilkan Keychain Guna Muka Anak, MUA Bellaz Mohon Maaf

Jelas MUA Bellaz, keychain tersebut bukanlah dibuat mengikut muka anaknya 100%, namun ia dihasilkan dalam…

2 hours ago
  • Trending

Pemuda Sesat 6 Jam Dalam Hutan Ketika Nak Pulang Ke Rumah Abang Gara-gara Waze

Menurut Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan lemah, terketar-ketar dan menangis selepas…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

20 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

20 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

20 hours ago