“Jahil & Keras Kepala” – Jemaah Wanita Enggan Rapatkan Saf Di Masjid Raih Perhatian Ramai

Di bulan yang mulia ini, pasti kebanyakan umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia tidak melepaskan peluang untuk mengerjakan solat sunat Tarawih secara berjemaah di masjid.

Bukan hanya dapat solat berjemaah, malah ada juga jamuan moreh selepas solat yang dapat dinikmati sambil mengeratkan lagi hubungan sesama umat Islam.

Bagaimanapun, sepanjang Ramadan ini, ada sahaja cerita yang didengari dan tular seperti kanak-kanak yang bermain di masjid ketika solat Tarawih sehingga menimbulkan rasa kurang selesa jemaah lain.

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Jatuh Terduduk Ketika Solat Berjemaah Selepas Kerusi Diambil Kanak-kanak [Video]

Tular jemaah wanita di masjid enggan rapatkan saf ketika solat Tarawih

Terbaharu, tular pula gambar yang menunjukkan sikap segelintir jemaah wanita yang enggan merapatkan saf dipercayai ketika solat Tarawih.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di akaun X @TweetIslamik, kelihatan menerusi gambar yang dikongsikan di sebuah masjid keadaan saf wanita yang tidak tersusun rapi selain terdapat ruang-ruang kosong yang ditinggalkan.

Dalam gambar sama, situasi berbeza pula dilihat bagi jemaah lelaki yang mana lebih tersusun safnya dan berada dalam keadaan rapat tanpa sebarang ruang kosong di antara jemaah.

“Orang nak (solat) jemaah awak nak jemaah tapi jahil dan keras kepala. Benda mudah kak, kau jemaah, kau rapatkan saf bukan ikut kepala otak sendiri.

“Sebelah kanan kau kosong kau gerak ke kanan, kau nampak depan kosong kau gerak lah kedepan,” ciapnya.

Ramai wanita akui perkara ini sememangnya sering berlaku

Ciapan tersebut mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna X di kalangan wanita turut mengakui tentang situasi tersebut.

Malah ada juga yang mempersoal motif jemaah-jemaah wanita itu enggan bergerak merapatkan saf seperti jemaah lelaki.

Kejadian sebegini difahamkan tidak hanya terjadi di Malaysia apabila seorang lagi pengguna X yang dipercayai dari Indonesia mendakwa bahawa masjid dan surau di negaranya itu turut berdepan situasi sama.

Menerusi semakan kami, posting ini terlebih dahulu dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook Nadhra Tun Naeim.

Sunnah Nabi Muhammad rapatkan saf dengan cara Ilzaq

Sekadar info, memetik laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mendirikan saf dengan cara ‘Ilzaq‘ merupakan Sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW, iaitu dengan merapatkan kaki dan bahu serta meluruskan barisan.

Bagaimanapun, ia perlulah dilakukan secara berhemah agar tidak menyakiti jemaah yang berada di bersebelahan.

Ibnu Hajar menyatakan bahawa mereka yang memutuskan saf adalah tergolong mereka yang berdosa besar.

Berikut komen yang diberikan netizen di laman X:

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

11 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

12 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

12 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

12 hours ago