Air Balang ‘Abang Hensem’ Terima Anugerah Gerai Terbersih Di Kelantan

Bazar Ramadan merupakan antara perkara yang paling meriah setiap kali tibanya bulan puasa.

Mana tidaknya, di sinilah anda boleh mendapatkan pelbagai jenis juadah antarannya lauk-pauk, manisan termasuklah bermacam-macam perisa air balang. Malah lalu sahaja di gerai yang menjual air balang pasti ramai pengunjung yang beratur kerana ingin mendapatkan air yang diidamkan untuk berbuka puasa nanti.

Namun apa yang penting kesemua peniaga yang menjual di bazar Ramadan tidak kira makanan mahupun minuman perlulah sentiasa menjaga kebersihan agar tidak memudaratkan pembeli.

Gerai Air Balang Abang Hensem terima anugerah gerai bersih

Baru-baru ini, sebuah gerai air balang yang terkenal di Kelantan dengan nama ‘Air Balang Abang Hensem’ telah diberikan anugerah gerai bersih kategori minuman.

Pemberian anugerah itu adalah bersempena dengan pelancaran ‘Walkabout’ Kempen Keselamatan Makanan Di Bazar Ramadan Peringkat Negeri Kelantan 2024 pada 20 Mac lalu.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @sayaawakwedding, kelihatan gerai air balang ini menjual pelbagai jenis air yang tampak menyelerakan. Malah gerai mereka turut dihias dengan cantik dan sentiasa kelihatan kemas.

@sayaawakwedding

ESOK JANGAN LUPA YA GUYSS , SERBU BOOTH AIR BALANG ABAM HENSEM . YOU ALLS TENGOK ADA BOOTH WARNA PINK TERUS SINGGAH OKAEY 💕💓💕🥤 . 💓CAWANGAN TAPAK PERTAMA DI BAZAAR RAMADHAN STADIUM KOTA BHARU(TAPAK ASAL) . 💓CAWANGAN KEDUA Mega Bazaria Aidilfitri Lembah Sireh (BERHAMPIRAN LOTUS TEPI SUNGAI KELANTAN)

♬ Marhaban Ya Ramadhan – DIEKA YK

Menjual 11 jenis air berperisa & sudah jual lebih 15,000 bungkus

Memetik laporan Berita Harian, gerai Air Balang Abang Hensem ini telah menjual lebih daripada 15,000 bungkus air dari awal puasa sehingga kini.

Menurut peniaga air balang yang dikenali sebagai Mohamad Faiz Zaidi, dia menjual sebanyak 11 jenis air dan membuka gerai air di dua lokasi iatu bazar Ramadan Lembah Sireh dan bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad ke IV (SSMIV) di Kota Bharu, Kelantan.

Ujarnya perniagaan itu telah diusahakan sejak dua tahun lalu bersama 10 orang yang terdiri daripada anak muda berusia sekitar 18 hingga 37 tahun termasuk dua rakan baiknya iaitu Muhammad Farizie Noor Azmi, serta Mohamed Hafizul Mohamed.

“Kami guna nama Abam Hensem memandangkan semua pekerja lelaki jadi perkataan ‘hensem’ tu sinonim dengan lelaki untuk tarik perhatian pelanggan.

“Setiap hari, kami mampu menjual air lebih 500 bungkus dalam bekas plastik dan gelas,” jelasnya.

Antara beberapa jenis air yang dijual adalah:

  • Raja kasturi
  • Koktail
  • Oren lemonade
  • Keladi
  • Fruity tropical
  • Blue Ocean Soda
  • Strawberry lemonade
  • Apple
  • Ribena laici serta banyak lagi

Jual air berkonsep detoks dan viral ikut permintaan pelanggan

Kata Mohamad Faiz perisa minuman yang dijual berkonsepkan detoks dan menu yang sohor di media sosial namun diubah suai mengikut permintaan pelanggan.

“Kami akan cuba menu yang ‘trending’ dan turut memakai baju dan menghias gerai dengan kain ‘scallop’ berwarna merah jambu serta hiasan bunga-bungaan bagi menyerlahkan gerai kami.”

Peniaga ini turut berkongsi mereka mengambil masa selama dua jam untuk menyediakan 11 jenis air tersebut dan dalam tempoh sekitar dua hingga tiga jam ia akan habis dijual.

Mohamad Faiz yang juga seorang perunding perkahwinan menjelaskan dia hanya menjual air balang ketika bulan puasa dan memaklumkan telah berkecimpung sebagai perunding selama 12 tahun.

@sayaawakwedding

Jap korang! Yang mana air pilihan korang buat berbuka puasa ? . JOM SUPPORT AIR BALANG ABAM HENSEM CAWANGAN BAZARIA AIDILFITRI LEMBAH SIREH LOTUS . Jommm 💕💞 cari kedai colour pink💓

♬ Diari ramadhan rafique – Bunga Adira 🌸

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

49 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

1 hour ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

1 hour ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

1 hour ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

2 hours ago