fbpx
Now Reading
Aksi Murid Lelaki Keluar Dari Van Sekolah Ikut Tingkap Undang Perhatian Ramai [Video]

Aksi Murid Lelaki Keluar Dari Van Sekolah Ikut Tingkap Undang Perhatian Ramai [Video]

Lebih membahayakan, aksi tersebut dilakukan oleh murid berkenaan di saat van terbabit masih lagi sedang bergerak perlahan di hadapan kawasan sekolah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain ibu bapa dan guru, pihak pemandu van sekolah juga mempunyai tanggungjawab dalam memastikan murid-murid yang dibawanya berada dalam keadaan selamat pergi dan pulang dari rumah.

Bagaimanapun, sikap segelintir murid yang sukar dikawal juga boleh menjadi penyebab berlakunya sesuatu kemalangan yang tak diingini.

Bila terjadi sesuatu yang tak diinginkan, sudah pasti pihak pemandu van sekolah merupakan orang pertama yang akan disalahkan.

Tular video murid lelaki keluar dari van sekolah melalui tingkap

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan tindakan seorang murid lelaki yang keluar daripada sebuah van sekolah melalui tingkap.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @bahrin58, kelihatan kanak-kanak itu keluar melalui tingkap sisi belakang yang terbuka.

Van belum berhenti, dia dah keluar

Lebih membahayakan, aksi tersebut dilakukan oleh murid berkenaan di saat van terbabit masih lagi sedang bergerak perlahan di hadapan kawasan sekolah.

Murid itu kemudiannya dilihat berlari terus menuju ke pagar hadapan sekolah setelah berjaya turun darivan berkenaan tanpa menggunakan pintu.

Video sohor terbabit turut dikongsikan di laman X sekali gus mengundang perhatian orang ramai.

Netizen sifatkan tindakan itu sebagai membahayakan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh murid terbabit adalah sesuatu yang bahaya.

Malah, kebanyakan netizen juga mengakui sekiranya sesuatu terjadi kepada murid itu semestinya pemandu van berkenaan yang akan disalahkan.

Selain itu, ada juga yang menasihati pemandu van berkenaan agar memberitahu ibu kepada murid terbabit mengenai kelakuan anaknya bagi mengelakkan perkara buruk berlaku di masa hadapan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.