fbpx
Now Reading
“Kuat Kau Dik” – Lelaki Selamba Bergurau Angkat Kereta Kancil Kawan Buat Ramai Terhibur [Video]

“Kuat Kau Dik” – Lelaki Selamba Bergurau Angkat Kereta Kancil Kawan Buat Ramai Terhibur [Video]

Gurauan lelaki berkenaan menyebabkan suasana malam yang sunyi di kawasan itu menjadi meriah dengan gelak ketawa mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam persahabatan, pasti perangai setiap rakan-rakan itu adalah berbeza, namun ia juga menjadi penyebab untuk melengkapi antara satu sama lain.

Mungkin ada rakan yang suka bergurau atau mengusik dan ada juga rakan yang mudah terhibur sekali gus menjadi penyeri setiap kali meluangkan waktu bersama dengan gelak tawanya.

Paling seronok bila ada kawan yang suka bergurau sesuatu yang di luar jangkaan kita, tak kering gusi dibuatnya nanti.

Tular lelaki bergurau angkat kereta kawan

Begitulah yang dilakukan seorang lelaki ini apabila tular di media sosial gurauan mengangkat kereta kancil yang sedang dinaiki rakannya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @4myrul4, kelihatan lelaki terbabit pada awalnya hanya menggoyangkan kereta jenis Perodua Kancil itu dengan kakinya.

Selamba angkat tayar belakang kereta Perodua Kancil

Bagaimanapun, semasa kawannya itu memasuki kereta terbabit, dia dengan selamba datang semula dan terus mengangkat bahagian tayar belakang di sebelah kiri Kancil itu.

Tindakannya itu menyebabkan rakannya terpaksa keluar semula daripada kereta, sebelum kedengaran suara individu lain yang berada di situ ketawa.

Tidak lama selepas itu, lelaki terbabit kembali menyakat dengan mengangkat tayar bahagian belakang sebelah kanan kereta itu pula.

Gurauan lelaki berkenaan menyebabkan suasana malam yang sunyi di kawasan terbabit menjadi meriah dengan gelak ketawa mereka.

Netizen pakat terhibur lihat lelaki terbabit menyakat rakannya

Video yang berdurasi 42 saat itu mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial turut terhibur melihat tindakan lelaki berkenaan.

Malah ada yang teruja melihat kekuatannya mengangkat kereta kancil itu tanpa perlu menggunakan tenaga yang banyak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.