fbpx
Now Reading
Akaun YouTube Monsta Channel Dengan Lebih 13 Juta Subscribers Digodam, Siap Tukar Nama MicroStrategy US

Akaun YouTube Monsta Channel Dengan Lebih 13 Juta Subscribers Digodam, Siap Tukar Nama MicroStrategy US

Semakan kami mendapati ini bukanlah kali pertama akaun YouTube milik individu lain digodam dan ditukar nama ke MicroStrategy.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi penggemar animasi tempatan seperti Boboiboy atau Mechamato, pasti nama Animonsta Studios sudah tidak asing lagi.

Bukan hanya itu, saluran YouTube mereka yang dikenali sebagai Monsta Channel juga memiliki pengikut lebih 13.5 juta.

Akaun YouTube Monsta digodam dan ditukar nama ke ‘MicroStrategy US’

Bagaimanapun, semalam (15 April), Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (Monsta), Nizam Abdul Razak memaklumkan bahawa akaun YouTube Monsta Channel telah digodam.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, Nizam berkata saluran YouTube Monsta Channel juga ditukar nama menjadi ‘MicroStrategy US’.

“Monsta Channel yang mempunyai 13.5 juta subscribers telah digodam dan ditukar nama ke MicroStrategy US,” katanya.

Monsta sedang bekerja rapat dengan YouTube, untuk dapatkan semula saluran

Monsta menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan berkata, pihaknya sedang bekerja rapat dengan YouTube bagi mendapatkan semula akaun terbabit berserta kandungan-kandungan yang terjejas.

Monsta turut komited untuk meningkatkan sekuriti bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Tinjauan kami di aplikasi YouTube mendapati bahawa saluran terbabit masih menggunakan nama MicroStrategy dengan senarai video Boboiboy dan Mechamato di dalamnya.

Bukan kali pertama nama MicroStrategy godam YouTube milik individu lain

Selain itu, semakan yang dilakukan oleh kami juga mendapati bahawa ini bukanlah kali pertama akaun YouTube milik individu lain digodam dan ditukar nama ke MicroStrategy.

Dua tahun lalu, seorang YouTuber luar negara yang dikenali sebagai Nathaniel Bandy turut menerima nasib sama, bagaimanapun dia berjaya mendapatkan semula akaun miliknya itu.

Bukan hanya Bandy, beberapa YouTuber lain juga menimpa nasib malang sama apabila digodam dan ditukar nama kepada MicroStrategy.

Akaun MicroStrategy akan menggunakan nama serta logo pada gambar profil yang sama selain akan memuat naik video-video konten seperti penerangan mengenai kripto.

Netizen titip doa agar akaun berjaya diambil semula

Sementara itu, memindai ke ruangan komen hantaran Nizam, kebanyakan pengguna Facebook mendoakan agar akaun YouTube terbabit berjaya diambil semula.

Malah mereka turut memberikan komen di saluran YouTube MicroStrategy US milik Monsta itu agar mengembalikan semula akaun terbabit kepada pemilik asalnya.

Komen di Facebook Nizam Abd Razak:

Komen di YouTube MicroStrategy US milik Monsta:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.