
Mechamato Jadi Animasi Pilihan Ibu Bapa Di Jepun Kerana Lebih Selamat Ditonton Anak-anak
Segelintir ibu bapa di Jepun juga mendakwa anak mereka lebih gemar menonton animasi antarabangsa seperti Mechamato berbanding ‘anime’ tempatan di sana.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Animasi tempatan pada masa kini semakin maju dan mendapat tempat di hati ramai, bahkan sehingga menjadi tontonan di negara luar.
Lihat sahaja bagaimana Animasi Mechamato yang dihasilkan oleh anak tempatan begitu berjaya di negara Jepun sehingga meraih anugerah berprestij di sana.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Mechamato Cipta Sejarah Jadi Animasi Pertama Luar Jepun Menang Anugerah Anime Fan Award Di TAAF
Mechamato jadi pilihan ibu bapa di Jepun kerana lebih selamat di tonton kanak-kanak
Terkini, seorang pengguna Twitter (X) @brgsjks pula mendedahkan bahawa Mechamato menjadi salah satu animasi di dalam senarai pilihan ibu bapa di Jepun untuk tontonan anak mereka yang lebih selamat.
“Rupa-rupanya banyak juga ibu bapa di Jepun yang cari animasi selamat untuk anak-anak dan Mechamato dah ada dalam list teratas mereka.
“Bangga juga produk Malaysia jadi pilihan di sana,” ciapnya.
Ibu bapa di Jepun akui anak-anak minat Mechamato berbanding animasi tempatan
Dalam hantaran yang sama, dia turut berkongsi tangkap layar pengguna X @inouenana di negara Matahari Terbit itu yang mengakui anak-anak mereka sememangnya minat terhadap Mechamato dan sentiasa mengikuti setiap musim animasi itu.
Tidak hanya itu seorang lagi pengguna X @amazulu_twi, turut mengakui bahawa anaknya yang berusia empat tahun lebih meminati animasi antarabangsa seperti Mechamato berbanding animasi tempatan di sana.
Rupa rupanya banyak jugak eh parents from Jepun yang cari anime yang safe for kids and Mechamato dah ada dalam top list diorang.
— brgsjks (@brgsjks) October 1, 2023
Bangga jugak produk Malaysia jadi pilihan ni. Nampaknya aku kena la support tengok kat Netflix ni. https://t.co/jbjkOW99IT pic.twitter.com/BS53QzrOia
Netizen dakwa sesetengah animasi Jepun tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak bawah 13 tahun
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berbangga dengan pencapaian terbaik animasi tersebut.
Malah mereka turut mendakwa sesetengah animasi di Jepun hanya sesuai di tonton oleh kanak-kanak berusia 13 tahun ke atas kerana mempunyai unsur negatif.
Alhamdulillah fitrah manusia semua xnak bagi budak2 tgk benda lucah. Ye lah ade shin chan pun byk benda2 xelok. Doraemon pun sama. Hedonism xabis2 puja bayangan syaitan😂
— . (@ayamyam63) October 1, 2023
Setuju, even sin chan from japan ade lawak lucah and contoh x baik. Bila dah besar baru paham rupanya sin chan ni bukan sekadar gatal.
— Hanis Catniss (@HanisAkmal3) October 2, 2023
I have friends from japan, dia pon comment yang studio in japan lebih banyak keluarkan anime untuk 13+ instead of sesuai dgn kanak2
Mungkin kita dh boleh market kartun² lain Ke sana gak?
— mai (@maibrat2104) October 1, 2023
Mechamato jadi fenomena di Malaysia dan Jepun sehingga raih anugerah
Terdahulu, Animasi Mechamato Movie terbitan MONSTA dan Astro Shaw telah menjadi satu fenomena di negara ini, malah semasa tayangannya di Malaysia ia berjaya mengutip sebanyak RM34 juta selepas 28 hari ditayangkan.
Bukan itu sahaja, animasi ini bukan hanya ditonton oleh kanak-kanak tetapi ia juga mendapat sambutan dari pelbagai peringkat termasuklah orang dewasa.
Lebih membanggakan, Mechamato berjaya mengangkat nama Malaysia ke persada dunia selepas diumumkan memenangi anugerah Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023 pada bulan Februari lalu.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: