fbpx

Pemandu Myvi Halang Ambulans Bawa Pesakit Dikecam [Video]

Menurut Hazwan, insiden Myvi menghalang laluan ambulans berlaku di Lebuhraya PLUS ketika ia dalam perjalanan dari Perak ke sebuah hospital di Pulau Pinang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pengguna jalan raya pasti mengetahui bahawa mereka perlu memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan seperti jentera bomba, polis, ambulans dan lain-lain.

Ini kerana, kenderaan khas ini mempunyai isu keselamatan sebagai contoh ambulans yang membawa pesakit serta perlu mendapatkan rawatan dengan segera.

Meskipun perkara ini sudah diketahui oleh umum, masih ada lagi segelintir pengguna yang berdegil apabila tidak memberikan kerjasama bahkan menghalang laluan ambulans.

Myvi halang laluan ambulans sedang bawa pesakit

Perkara sama turut berlaku kepada sebuah kenderaan ambulans yang sedang dalam perjalanan membawa pesakit ke hospital di Pulau Pinang.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menuju ke Pulau Pinang.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Hazwan Rosly di Facebook, kedengaran ambulans berkenaan telah membunyikan siren sebagai tanda untuk meminta pengguna jalan raya memberikan laluan.

Buat tak tahu dan tak beri laluan kepada ambulans

Meskipun telah membunyikan siren namun sebuah kenderaan Myvi berwarna coklat cair yang berada di lorong memotong langsung tidak mengendahkannya.

Sebaliknya kenderaan yang sering digelar ‘king’ di jalanan itu hanya kekal di lorong sama meskipun ambulans berada dekat di belakangnya dengan harapan diberikan laluan.

Menurut Hazwan ketika kejadian, ambulans terbabit sedang membawa seorang pesakit yang juga bapa kepada rakannya dan dalam perjalanan dari Perak ke Pulau Pinang.

“Sedang dalam perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Pulau Pinang ada Myvi ni menghalang ambulas dan tak mahu bagi jalan kepada ambulans,” ujarnya.

Dalam hantaran sama Hazwan turut berkongsi nombor pendaftaran kenderaan berkenaan dan mengelarnya ‘Myvi Teh Ais’.

Ramai minta pihak berkuasa ambil tindakan

Video memaparkan sikap pemandu ‘Myvi Teh Ais’ itu turut menjadi sohor di laman X.

Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan ramai berang dengan sikap mementingkan diri pemandu terbabit dan meminta agar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

“Jenis pentingkan diri, bukan tak nampak dan dengar bunyi siren tu. Saja buat-buat buta buta dan pekak”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.