fbpx
Now Reading
“Dah Boleh Bawa Balik Kampung!” – Pasangan Kembar Kreatif, DIY ‘Car Seat’ Untuk Kucing [Video]

“Dah Boleh Bawa Balik Kampung!” – Pasangan Kembar Kreatif, DIY ‘Car Seat’ Untuk Kucing [Video]

Apa yang mengejutkan, hasil akhir penciptaan kerusi kereta untuk kucing itu kelihatan sama seperti ‘baby car seat’ yang sebenar meskipun pembuatannya hanyalah sekadar suka-suka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali musim perayaan, antara yang menjadi kerisauan buat segelintir pembela kucing pastinya untuk meninggalkan haiwan terbabit ketika ingin pulang ke kampung.

Malah ada juga yang bingung sama ada mereka ingin membawa si bulus itu sekali atau tidak memandangkan jarak perjalanan yang jauh dan beberapa faktor lain yang harus dititik beratkan seperti tempatnya untuk berehat dan membuang najis.

Jika nak ditinggalkan di tempat penjagaan kucing, ia sudah pasti akan menelan kos apatah lagi jika mengambil waktu yang lama.

Pasangan kembar DIY car seat untuk kucing

Bagaimanapun, siapa sangka lain pula pemikiran pasangan kembar lelaki yang juga influencer ini apabila mencipta dengan sendiri ‘car seat’ untuk kucing peliharaan mereka.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @aminxabid, pasangan kembar yang dikenali sebagai Amin dan Abid itu berseloroh bahawa car seat terbabit dibuat bagi memudahkan mereka membawa kucing pulang ke kampung.

“Boleh dah bawa balik kampung,” ringkas tulisnya di ruangan kapsyen.

Berdasarkan video terbabit, kelihatan bahan yang digunakan oleh mereka untuk membuat kerusi tersebut adalah menggunakan kotak, span dan fabrik kulit dipercayai tiruan.

Bina car seat kucing suka-suka, tapi hasil akhir tetap cantik

Mereka membuat bentuk kerusi itu dengan menekapkan badan kucing terbabit di kotak bagi mendapatkan ukuran yang tepat sebelum mencantumkan beberapa bahagian lain.

Apa yang mengejutkan, hasil akhir penciptaan kerusi kereta untuk kucing itu kelihatan sama seperti ‘baby car seat’ yang sebenar meskipun pembuatannya hanyalah sekadar suka-suka.

Foto: TikTok/aminxabid

Netizen terhibur, siap berseloroh nak beli

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terhibur melihat car seat untuk kucing terbabit selain memberi pujian kerana ianya kelihatan cantik seperti kerusi kereta sebenar.

Malah, mereka turut berseloroh dengan meminta ‘beg kuning’ (Ikon TikTok shop) untuk membeli cat car seat itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.