fbpx
Now Reading
Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di hadapan kedai serbaneka Lawson akan dipasang minggu hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tempat mengambil gambar Gunung Fuji, Jepun yang begitu popular berhadapan kedai serbaneka Lawson bakal ditutup pemandangannya dengan penghadang.

Perkara itu dilakukan susulan kawasan jalan di Fujikawaguchiko, telah menjadi sesak oleh pelancong asing yang cuba mendapatkan gambar gunung terkenal itu.

Pelancong-pelancong terbabit dikatakan berdiri di depan Lawson untuk mendapatkan gambar antara kedai runcit terbabit dan pemandangan Gunung Fuji di belakangnya.

Terpaksa tutup supaya tidak jadi tumpuan pelancong asing lagi

Menurut seorang pegawai tempatan bandar terbabit kepada CNN, disebabkan perkara itu mereka terpaksa menghalang pandangan terbabit agar ia tidak lagi menjadi tumpuan para pelancong asing mengambil gambar.

Pegawai itu yang tidak ingin mendedahkan namanya berkata lagi, terdapat juga pelancong asing yang meninggalkan sampah dan tidak mematuhi peraturan lalu lintas meskipun papan tanda dan pengawal keselamatan telah dipasang untuk memperingatkan mereka, tetapi ia tetap berterusan berlaku.

“Adalah disesali bahawa kita terpaksa mengambil tindakan sedemikian,” katanya.

Jaring penghadang setinggi lapan kaki dan 66 kaki lebar akan dipasang minggu hadapan

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) akan dipasang minggu hadapan.

Sekadar info, lambakan pelancong asing di bandar kecil itu telah menganggu penduduk tempatan sehingga ia disifatkan sebagai sebahagian daripada masalah besar yang menjejaskan Jepun.

Jepun alami masalan overtourism sejak ia dibuka semula selepas pandemik

Difahamkan, Jepun telah mengalami masalah pelancong terlalu ramai (overtourism) sejak ia dibuka semula selepas pandemik pada akhir tahun 2022 lalu.

Mac lalu pula menjadi bulan pelancong teramai yang diterima oleh negara Matahari Terbit itu dengan lebih dari tiga juta pelancong asing.

Kebanyakan pelancong asing itu akan menuju terus ke Gunung Fuji yang menjadi lambang Jepun dan tapak Warisan Dunia UNESCO dengan meninggalkan sampah sarap.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.