fbpx
Now Reading
“Jadi Asbab Kaki Melangkah Ke Syurga” – 2 Lelaki Alihkan Serpihan Tayar Pecah Atas Highway [Video]

“Jadi Asbab Kaki Melangkah Ke Syurga” – 2 Lelaki Alihkan Serpihan Tayar Pecah Atas Highway [Video]

Dua orang lelaki itu dilihat mengangkat tangan masing-masing sebagai signal kepada kenderaan lain bahawa mereka mahu melintasi jalan untuk mengambil serpihan tayar pecah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kes tayar kenderaan pecah sememangnya boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Seperti dilaporkan Astro Awani sebelum ini, seorang wanita maut manakala sembilan lagi termasuk seorang kanak-kanak cedera dipercayai berpunca daripada tayar van jenis Toyota Hiace yang dinaiki mereka pecah.

Situasi tayar van yang pecah sekaligus menyebabkan kenderaan dinaiki terbabas di Kilometer 178.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).


2 Lelaki Tolong Alihkan Serpihan Tayar Pecah Dari Lebuh Raya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ceoofmarking), menyaksikan situasi cemas yang sedang berlaku di atas Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) pada semalam (22 Mei).

Dalam perkongsian tersebut, kelihatan serpihan tayar pecah terlantar di tengah-tengah lebuh raya berkenaan.

Walaupun terdapat objek berkenaan di situ, tetapi banyak kenderaan dilihat masih meneruskan perjalanan seperti biasa. Ia mungkin juga boleh terjadi kerana mereka tidak menyedari serpihan tayar dari jarak jauh.

Cakna dengan situasi itu, dua orang lelaki telah membahayakan diri mereka dengan bertindak mengalihkan objek tersebut.

Sumber: TikTok (@ceoofmarking)

Pada awalnya, dua lelaki itu dilihat mengangkat tangan mereka sebagai signal kepada pemandu lain bahawa mereka mahu melintasi jalan bagi mengambil serpihan tayar.

Menyedari aksi berkenaan, beberapa buah kenderaan telah memperlahankan kereta dan membuatkan dua lelaki tersebut berjaya mengalihkan objek yang menghalang.


Netizen Puji Tindakan 2 Lelaki Alihkan Serpihan Tayar Di Lebuh Raya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memuji sikap prihatin dua lelaki berkenaan kerana sanggup berhenti di tengah jalan bagi mengalihkan serpihan tayar kereta.

“Salah satu asbab kaki melangkah ke syurga. Membuang sesuatu yang menghalang lalu lintas. Berbahagialah orang yang membuat kebaikan,” kata seorang wanita.

Malah ada individu yang turut berkongsi pengalamannya hampir terbabas akibat serpihan tayar yang berada di jalan raya.

“Malam kelmarin aku hampir nak hilang kawalan sebab benda ni (tayar) atas highway,” jelas seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga individu yang memberikan saranan untuk menyediakan bendera merah untuk dikibar agar pemandu lebih cakna.

“Abang kena standby bendera merah dalam kereta untuk keselamatan. Semoga dipermudahkan,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@ceoofmarking)

Baca Artikel Berkaitan: Budak Lelaki Payungkan Penumpang Bas Daripada Terkena Hujan Dipuji Orang Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Remaja Di Terengganu Bagi Air Percuma Kepada Pemandu Dalam Kesesakan Trafik

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Cedera Dihempap Tayar Lori Tercabut Di Lebuhraya Raya ELITE

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.