Tular Klip Langkah Kubur, Wanita Tampil Mohon Maaf & Beri Penjelasan Sebenar [Video]
Salah seorang daripada wanita berkenaan kemudiannya tampil menjelaskan kubur yang dilangkah adalah palsu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, tular satu video memaparkan tindakan dua wanita dengan sengaja melangkah kubur ketika berada di tapak perkuburan.
Menerusi video tersebut, perakam awalnya mengatakan ada dakwaan mengatakan jika seseorang melangkah kubur pada waktu malam tuannya akan mencari individu berkenaan.
Sejurus mendengar kata si perakam, rakannya ingin mencuba sejauh mana kebenaran perkara tersebut dan kemudian melangkah kubur tersebut sebanyak dua kali.
Rakannya kemudian menyuruh si perakam untuk turut melakukan hal yang sama dan menarik tangannya untuk melangkah kubur tersebut.
Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan ramai mengecam tindakan dua wanita terbabit kerana tidak menjaga adab sewaktu menziarahi kubur.
Makin gemok makin bodoh. Ni kalau dia buat content sebab nak promote bisnes tolong boikot! pic.twitter.com/z1Pqah9MvF
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) May 25, 2024
Wanita tampil mohon maaf dan jelaskan kubur hanya prop untuk filem pendek
Ekoran itu, salah seorang daripada wanita yang melangkah kubur tersebut yang dikenali sebagai Keknan kemudiannya tampil membuat penjelasan berhubung perkara tersebut.
Kata Keknan video itu sebenarnya adalah salah satu pengambaran yang sedang dijalankan untuk sebuah filem pendek. Jelasnya lagi, kubur tersebut juga adalah kubur yang dibuat.
“Pertamanya, kubur itu kubur ‘fake’. Kenapa dia kubur fake? Sebab sebenarnya kita sedang buat pengambaran di mana jalan ceritanya tentang dua orang kawan yang memang tidak percaya syaitan atau jin atau hantu ni dan mereka cuba untuk menganggu jin itu.
“Bukan sekadar langkah kubur, buat aktiviti paranormal dalam hutan apa semua bagai. Tapi untuk kejadian itu (langkah kubur) ketika tu kita tengah shoot bahagian itu.
“Minta maaf saya tak boleh nak dedahkan nama produksi atau kumpulan ini adalah atas tanggungjawab saya sendiri, sebab saya sendiri rasa okay ‘aku muat naik untuk promosi nanti dia orang tengoklah filem pendek kita’.”
Kubur tak ada mayat atau jenazah, masih tahu adab
Wanita itu juga memaklumkan dia sememangnya membuat filem pendek sebelum ini di YouTube.
Dia juga menjelaskan kubur yang dilangkah itu tidak ada jenazah mahupun mayat kerana ia adalah tanah lapang yang dikorek dan papan nisan dipacak untuk memperlihat ia seperti kubur.
“Tapi saya faham juga, hantaran saya itu mengundang fitnah seperti orang bercakap ‘kubur siapa pula kau langkah tu’. Jangan risau guys tak ada orang dalam tu, dan kami tak gila lagi untuk langkah kubur orang, masih tahu lagi adab.
“Tahu rasa hormat pada orang yang hidup dan yang telah meninggal dunia,” katanya dalam satu video.
Malah dia juga turut memohon maaf kepada semua berhubung tularnya video memaparkan dia melangkah kubur berkenaan.
UAI jelaskan hukum tindakan pijak atau langkah kubur
Carian kami kemudiannya menemui beberapa video penjelasan dari pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) berhubung hukumnya jika seseorang terpijak atau melangkah kubur.
Kata UAI, terdapat dua pandangan ulama di mana satunya membawa kepada haram manakala yang kedua adalah makruh.
Perkara itu dijelaskan oleh pendakwah terbabit selepas terdapat individu bertanya apakah hukumnya jika dia terpijak kubur sewaktu sedang melakukan kerja memesin rumput.
“Yang dibolehkan jika tidak ada tempat untuk berpijak, maka dibolehkan. Contoh ketika orang membawa keranda mayat untuk pergi ke liang terpaksa lalu ikut kubur orang. Takkan nak lalu ikut celah-celah bukan senang, jadi terpijak kubur orang.
“Maka dimaafkan,” ujarnya dalam video itu.
Nabi SAW halang hamba langkah atau pijak kubur, perlu hormat
Dalam satu lagi video, UAI juga ada menjelaskan Nabi SAW menghalang hambanya untuk melangkah dan memijak kubur, ini kerana orang yang mati itu seperti orang yang hidup dan kita perlu hormatinya.
“Sebab itu kita bawa pikul elok-elok mayat, mandi pun perlahan-lahan jangan air terlalu sejuk atau terlalu panas. Tak boleh berkasar dengan mayat.
“Kita jumpa kita beri salam. Kalau kita jumpa orang tak beri salam, biadap namanya. Begitu juga kita pergi kubur tak beri salam, biadap. Biadap ini maksudnya tak tahu adab. Nabi kata bila sampai di kubur ucapkan Assalamualaikum ya ahli kubur kerana hormat,” katanya dalam video tersebut.
Jelasnya orang di dalam kubur juga turut mendengar dan menjawab salam diberikan namun tidak didengari oleh orang yang hidup.