
Dikecam Kerana Tak Mengaku Adik Faizal Tahir
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sudah ramai golongan artis yang menceburi bidang hiburan bersama adik-beradik mereka tak kira sebagai penyanyi atau pelakon contohnya seperti Ziana Zain dan Anuar Zain, Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose serta Raysha Rizrose dan ramai lagi.
Namun, agak pelik bagi seorang penyampai radio ini apabila dia tak mahu dikaitkan dengan abang kandungnya. Kenapa ya?

Penyampai radio Zayan, Anas Tahir, 34 tahun, berkata dia tak mahu orang ramai membayangi dirinya dengan abangnya iaitu Faizal Tahir.

Menurutnya, dia tak suka dikaitkan atau dikenali sebagai adik Faizal Tahir kerana tak selesa walaupun rupa paras seiras abangnya itu.
“Pernah dulu, bila orang tanya adakah saya adik Faizal saya terus beritahu saya anak tunggal dan tidak mengaku penyanyi itu abang saya,” ujarnya.

Berikutan itu, terdapat segelintir warga laman sosial mempertikaikan kenyataannya yang kelihatan seperti mahu memberitahu bahawa dia sebenarnya adik kepada penyanyi itu.

Walau bagaimanapun, air yang dicincang takkan putus. Mungkin Anas mahu dikenali dengan bakatnya sendiri tanpa dibayangi abangnya yang sudah berjaya menjadi seorang artis terkenal.
Sumber: Astro Gempak