fbpx
Now Reading
So Min Teruja Jadi Ahli Running Man

So Min Teruja Jadi Ahli Running Man

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru sahaja menjadi ahli Running Man, pelakon Jeon So Min, 31 tahun, dilihat begitu cepat menyesuaikan diri dalam program berasal dari Korea itu.

Pada awalnya, dia kurang disenangi oleh peminat tegar program itu dan kini dia mula disukai oleh orang ramai kerana sikapnya yang bersahaja dan kelakar.

Sumber: koreaportal.com

Dahulu dia sering dibandingkan dengan satu-satunya ahli Running Man perempuan iaitu Song Ji Hyo, tetapi kini popularitinya semakin meningkat dan rata-rata menerima kehadirannya dalam program bersifat gameshow itu.

“Penyertaan kami dalam RM awalnya mendapat reaksi negatif. Apatah bagi mereka berenam sudah lama bersama-sama merasai turun naik program itu,” katanya.

Sumber: wowkeren.com

“Namun, sikap ramah mereka membuatkan saya cepat mesra dengan mereka,” sambungnya yang pernah menjadi tetamu jemputan program itu suatu masa dahulu.

Program itu mula ditayangkan sejak tahun 2010 menampilkan artis terkenal Korea seperti Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Yoo Jae Suk, Haha, Lee Kwang Soo, Ji Suk Jin, Gary, Song Joong Ki dan Lizzy.

Sumber: soompi.io

Namun, Joong Ki, Gary dan Lizzy mengambil keputusan untuk menarik diri dari Running Man seterusnya diganti oleh So Min dan Se Chan baru-baru ini.

So Min begitu berterima kasih kepada semua pihak kerana selepas penyertaannya bersama Running Man, kini dia mendapat banyak tawaran berlakon. Hwaiting!

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.