fbpx
Now Reading
Diva AA Digugurkan Serta Merta Daripada Mengacara Mic On!

Diva AA Digugurkan Serta Merta Daripada Mengacara Mic On!

Walau bagaimanpun, tiada punca sebenar yang dinyatakan daripada pihak pengurusan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah digugurkan daripada tugasnya sebagai pengacara program realiti Mic On! berkuat kuasa serta merta pada 8 Mac.

Keputusan untuk mengugurkan pengacara berusia 56 tahun itu, telah dilakukan oleh pihak pengurusan Awesome TV setelah mengambil kira beberapa aspek utama demi memastikan keharmonian penerbitan keseluruhan program Mic On! dapat dijalankan dengan lancar.

Foto: IG Awesome TV

Selepas keputusan ini dilakukan, program realiti Mic On! ini akan diteruskan secara solo oleh pengacara bersama iaitu Issey Fazlisham yang berlangsung pada setiap hari Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas menyatakan pihak Awesome TV tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang hal yang berkaitan disiplin dan standard etika kerja bagi mana-mana pihak sama ada dalam kalangan tenaga produksi sendiri mahupun bakat yang terlibat dengan program-program terbitan pihak penyiar.

Pihak Awesome TV tidak akan bertolak ansur, tindakan keras akan diambil

Selain itu, pihak Awesome TV juga tidak akan bertolak ansur sekiranya berlaku sebarang salah laku atau gangguan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian.

Adam Ilyas mengulas “tindakan keras akan diambil sekiranya berlaku sebarang integriti prinsip tersebut.”

Terdahulu, program Mic On! ini telah mula diacarakan oleh Azwan Ali serta gandingannya Issey sejak 28 Januari lalu.

Foto: IG Awesome TV

Buat makluman, program realiti Mic On! merupakan sebuah program realiti tv yang berkonsepkan nyanyian komedi, yang bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di saluran Awesome TV (Astro 123) atau MyTV (112).

Bukan itu sahaja, program terbitan Awesome TV ini turut menampilkan Datuk Hattan, Datuk Awie serta Mas Idayu sebagai juri tetap.

Difahamkan, seramai 15 orang peserta telah berjaya diserap masuk  untuk bersaing bagi merebut gelaran juara bagi program realiti Mic On! musim kedua.

Program ini turut menampilkan Fad Bocey, Ropie dan Ajak Shiro yang mengalas tanggungjawab sebagai manager untuk memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada peserta yang telah dibahagikan kepada tiga kumpulan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.