fbpx
Now Reading
MYTV Gantung Siaran Awesome TV Mulai 2 November

MYTV Gantung Siaran Awesome TV Mulai 2 November

Walau bagaimanapun, Awesome TV menerusi satu kenyataan di akaun Instagram rasmi milik mereka kesal dengan pengumuman MYTV berhubungan penggantungan siaran tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika dibandingkan dengan waktu dahulu, saluran televisyen di Malaysia adalah terhad. Penonton tidak mempunyai banyak pilihan jika dibandingkan dengan masa kini.

Namun, seiring dengan peredaran zaman, masyarakat kini dihidangkan dengan pelbagai pilihan saluran tv sama ada berbayar atau tidak bergantung kepada pilihan individu.

Antara saluran baru yang berjaya mendapat tempat di hati penonton adalah saluran Awesome TV yang disiarkan di platform MYTV.

MYTV Umum Siaran Awesome TV Digantung

Walau bagaimanapun, kenyataan daripada MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. semalam (19 Oktober) nyata mengejutkan ramai pihak di mana MYTV mengumumkan Awesome TV digantung daripada bersiaran di platform tersebut.

Menurut MYTV, keputusan diambil atas sebab isu komersial yang melibatkan pembayaran fi akses walaupun pelbagai usaha dan perbincangan kedua-dua pihak telah dilakukan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Penggantungan saluran Awesome TV ini adalah amat dikesali dan MYTV memohon maaf kepada para penonton di atas sebarang kesulitan disebabkan perkara tersebut.

“MYTV menghargai segala sokongan dan kerjasama daripada para penonton dan akan terus meningkatkan usaha dalam mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan semua pihak,” katanya.

Tambah MYTV lagi, mereka akan kekal komited dalam menawarkan saluran-saluran berkualiti tinggi dan akses kepada kandungan yang menarik pada masa akan datang.

Awesome TV Dakwa Perbincangan Kedua-Dua Pihak Masih Berjalan

Walau bagaimanapun, Awesome TV menerusi satu kenyataan di akaun Instagram rasmi milik mereka meluahkan rasa kesal berhubung pengumuman penggantungan siaran tersebut di platform MYTV.

Menurut kenyataan tersebut, Awesome TV mendakwa rundingan antara kedua-dua pihak berhubung isu ini masih berjalan.

Malah, sebagai syarikat pemula, mereka mendakwa telah menerima layanan yang tidak adil daripada MYTV berhubung isu bayaran.

“Awesome TV dikenakan bayaran lebih tinggi berbanding stesen televisyen percuma lain apabila perlu membayar jumlah yang tinggi untuk tempoh 30 bulan penggunaan platform MYTV manakala stesen televisyen pemula lain membayar kadar yang sama untuk tempoh 60 bulan.

“Jika dibandingkan dengan kadar bayaran stesen televisyen pemula lain, Awesome TV membayar lebih daripada apa yang sepatutnya dikenakan atas sebuah stesen televisyen pemula,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Tambah Awesome TV lagi, mereka sepatutnya bersiaran hingga Ogos 2025 berdasarkan yuran yang dibuat.

Malah, mereka juga turut dinafikan subsidi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) oleh MYTV dan menganggap ia tidak adil buat mereka.

Susulan daripada ini, Awesome TV menganggap MYTV tidak mempraktikkan amalan perniagaan yang seimbang walaupun Awesome TV adalah stesen televisyen pemula yang baru berusia 3 tahun.

Untuk info, MYTV merupakan platform di Malaysia yang menyediakan siaran televisyen digital percuma yang kini diakses oleh 6.3 juta rakyat Malaysia tanpa sebarang yuran atau caj bulanan.

Mereka juga telah melancarkan aplikasi MYTV Mana-Mana yang membolehkan penonton mengakses rancangan tv dan radio serta kandungan ‘on demand’ pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Keluarkan Laporan Dakwa Penjawat Awam Akan Dikurangkan, Awesome TV Temui MCMC

Baca Artikel Berkaitan: Pandang Serius Aduan Pengguna, MCMC Buka Kertas Siasatan Terhadap Awesome TV

Baca Artikel Berkaitan: Laporan Cadangan Kurangkan Penjawat Awam: Awesome TV Perjelas Ia Hanya Masalah Salah Faham

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.