“Jantan Pun Bergaduh Tarik Rambut” – Tular Aliff Syukri Kasari Diva AA Raih Perhatian Ramai [Video]
Meskipun netizen menganggap video terbabit hanya gimik, mereka tetap tidak bersetuju dengan tindakan Aliff itu memandang usia Diva AA jauh lebih berumur berbanding dirinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan tindakan usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menarik rambut pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA di atas sebuah pentas.
Menerusi video yang sohor itu, kelihatan Aliff menarik rambut Diva AA dalam keadaan yang marah semasa sedang berlangsungnya sebuah program dipercayai di Singapura.
Turut kelihatan beberapa selebriti lain seperti Shuk Sahar yang ada di tempat kejadian cuba meleraikan kekecohan tersebut.
Video terbabit yang dikongsikan di akaun TikTok Shuk Sahar telah mendapat perhatian orang ramai di mana rata-rata netizen berpendapat kejadian tersebut hanyalah gimik semata-mata demi marketing.
@shuksahar #fyp #fypシ #viralvideo #viral #singapore #azwanali #datoaliffsyukri ♬ original sound – shuksahar
Walaupun hanya gimik, netizen tetap tak setuju dengan tindakan Aliff Syukri
Bagaimanapun, mereka tetap tidak bersetuju dengan tindakan Aliff itu memandangkan usia Diva AA jauh lebih berumur berbanding dirinya.
Tidak hanya itu, segelintir netizen juga meminta agar Diva AA mengambil tindakan lanjut terhadap Aliff Syukri sekiranya video terbabit bukanlah gimik kerana ia melibatkan maruah.
Sementara itu, Aliff menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya meminta agar Diva AA menjaga budi bahasanya.
Aliff Syukri tak sangka kehadiran Diva AA dalam rancangan tersebut
Menurut Aliff, dia cuba bersikap profesional meskipun tidak menyangka kehadiran Diva AA dalam majlis tersebut.
Malah dia menegaskan berbuat demikian kerana Diva AA yang memulakan terlebih dahulu.
“Pada awalnya saya tidak tahu yang dia (Diva AA) ada, saya dah bagi tahu pihak penganjur saya tak senang dengan dia dan dia mulakan dulu sebab itu saya bertindak.
“Saya tidak akan bertindak kalau dia tidak kacau kehidupan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Diva AA memaklumkan dia akan mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Aliff Syukri sebanyak RM100 juta kerana menarik rambutnya.
Dakwa Diva AA lagi, dia juga sudah berbincang mengenai keputusan itu bersama peguamnya.
DIVA AA SAMAN MALU DS ALIFF SYUKRI RM100 JUTA! pic.twitter.com/PL45fK4RNH
— Diva AA (@DivaAATersohor) November 5, 2023