fbpx
Now Reading
“Saman? Lantaklah” – Aliff Syukri Tidak Kisah Kena Saman RM100 Juta Oleh Azwan Ali

“Saman? Lantaklah” – Aliff Syukri Tidak Kisah Kena Saman RM100 Juta Oleh Azwan Ali

Terdahulu, Azwan Ali mengumumkan akan memfailkan saman berjumlah RM100 juta susulan insiden tarik rambut dalam sebuah program di Singapura.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial adegan tarik rambut di antara usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan pengacara sensasi Azwan Ali atau Diva AA di atas pentas sebuah program di Singapura.

Menerusi video yang tular itu, kelihatan Aliff menarik rambut Diva AA dalam keadaan yang marah hingga terpaksa dileraikan oleh beberapa selebriti lain termasuk Shuk Sahar.

Kebanyakan netizen menganggap ia hanya gimik semata-mata namun Azwan Ali menyatakan bahawa dia akan menyaman Aliff Syukri sebanyak RM100 juta disebabkan tindakannya itu.

Baca Artikel Berkaitan: “Jantan Pun Bergaduh Tarik Rambut” – Tular Aliff Syukri Kasari Diva AA Raih Perhatian Ramai [Video]

Aliff Syukri Tidak Mahu Ambil Peduli

Mengulas lanjut mengenai tindakan undang-undang yang bakal diambil oleh Diva AA, Aliff mengakui dia kekal profesional dan tidak ambil peduli dengan saman yang bernilai RM100 juta itu.

Bagi Aliff, dia hanya menjalankan tanggungjawab seperti yang diminta oleh produser program berkenaan. Malah, dia juga telah memohon maaf di atas perbuatannya selepas program tersebut berlangsung.

“Saya memang tak tahu apa-apa. Saman? Lantaklah. Saya sangat profesional. Saya juga ada pasukan peguam. Apa yang digembar-gemburkan adalah fitnah semata-mata. Sengaja kecoh untuk tambah panas.

“Dia memang suka kutuk orang dan saya okey sahaja. Cuma ketika rakaman, saya dimaklumkan dia memakai rambut palsu. Jadi saya tarik sahaja. Saya cuma ikut arahan yang diberikan produser.

“Saya sudah minta maaf, sama ada dia terima atau tidak saya tak tahu. Tak sangka pula tular dan menjadi kontroversi panas. Sebab itu saya tiada komen lanjut berkaitan saman menyaman ini,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Azwan Ali Ada Hak Untuk Failkan Saman

Pada masa yang sama, Aliff berkata pengacara terkenal itu mempunyai hak untuk memfailkan saman terhadapnya dan dia juga bersedia dengan tindakan balas.

“Itu hak dia, saya tak ambil tahu. Perkara ini biarlah team publisiti dan peguam saya uruskan. Ada yang cakap ini propa, saya juga tiada komen. Anda nilailah sendiri.

“Tetapi sebagai orang yang sudah tua, dia sepatutnya menghormati juga sesiapa yang masih muda. Tidak wajar dan tidak profesional tindakannya itu,” ujarnya lagi.

Terdahulu, video insiden tarik rambut di antara Aliff dan Diva AA nyata menarik perhatian netizen.

Rata-rata daripada mereka menganggap ia hanyalah gimik semata-mata namun kebanyakan warganet tidak bersetuju dengan tindakan Aliff memandangkan Azwan Ali lebih berusia daripadanya.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Jadi Juri Program Nyanyian Perlu Menang Satu Anugerah Sepanjang Hidup, Kata Azwan Ali

Baca Artikel Berkaitan: “Islam Tak Suka Penipuan” – Pasu Pecah RM400K Rupanya Prank, Aliff Syukri Tetap Dikecam Lepas Beri Penjelasan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.