fbpx
Now Reading
“Islam Tak Suka Penipuan” – Pasu Pecah RM400K Rupanya Prank, Aliff Syukri Tetap Dikecam Lepas Beri Penjelasan [Video]
video pergaduhan hanya prank kepada Yana Samsudin

“Islam Tak Suka Penipuan” – Pasu Pecah RM400K Rupanya Prank, Aliff Syukri Tetap Dikecam Lepas Beri Penjelasan [Video]

Menurut Aliff Syukri, dia hanyalah menjalankan tugasnya sebagai artis jemputan bagi satu program prank namun tindakan netizen menghinanya sudah melampau dan membuatkan dia sedih.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada minggu lalu, tular satu video di media sosial yang dimuat naik oleh usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri yang memaparkan satu insiden pergaduhannya bersama suami pelakon Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari.

Pergaduhan itu dipercayai adalah disebabkan pasu berharga perhiasan milik usahawan berkenaan pecah ketika sesi pengambaran dilakukan di kediamannya dan mendakwa akan menyaman pasangan tersebut.

Susulan dari video itu, Yana Samsudin kemudian memaklumkan bahawa dia tidak gentar jika disaman oleh usahawan tersebut kerana percaya berada di pihak yang benar.

Baca artikel berkaitan: “Dia Yang Hempas Pasu” – Yana Samsudin Tak Gentar Disaman Aliff Syukri, Nafi Pecahkan Pasu RM400,000

Aliff Syukri perjelaskan situasi sebenar

Terbaharu, usahawan kontroversi itu kemudian tampil menerusi satu lagi video di Instagram untuk menjelaskan keadaan yang sebenar.

Menerusi video yang dimuat naik Aliff, insiden pergaduhan itu hanyalah satu ‘prank’ yang dilakukannya bersama Fadzil Zahari di dalam program ‘Prankap’ yang bakal disiarkan pada awal Syawal nanti di Astro Warna.

Pasu pecah bernilai RM400,000 hanya ‘prank’

Malah Aliff turut memohon maaf selepas lakonan mereka untuk melakukan ‘prank’ kepada Yana berjaya apabila dia turut serta cuba meleraikan pergaduhan itu agar tidak berpanjangan.

Di ruangan kapsyen, usahawan tersebut menyatakan dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai tetamu jemputan dalam program berkenaan. Namun gara-gara insiden itu dirinya teruk dikecam oleh netizen.

“Saya hanya jalankan tugas sebagai artis jemputan tapi penghinaan netizen kepada saya melampau.. sedih saya awak.

“Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, ini bukan bukan sebahagian daripada promosi mana-mana pihak, mahupun tiada pergaduhan sebenar berlaku,” tulis Aliff.

Harap video dapat jelaskan isu sebenar

Usahawan itu turut berharap agar video yang dimuat naiknya itu dapat menjelaskan kepada orang ramai situasi sebenar yang berlaku ketika penggambaran dijalankan.

Meskipun sudah menjelaskan situasi sebenar, namun Aliff menerusi ruangan komen tmasih dikecam oleh netizen gara-gara sering kali memuat naik konten berbentuk sedemikian.

“Ini semua konten b***h baik pergi cari orang susah kau pergi sedekah duit kau tu..”

“Islam tak suka penipuan. Walaupun buat lawak, apetah lagi prank orang…”

“Masalah tak ada tapi Datuk yang asyik cari masalah. Cuba hentikan konten sampah datuk.. meluat juga orang tengok”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.