fbpx
Now Reading
‘Ia Menghina Agama..’ – Tular Isu Wanita Tunai Umrah Pakai Ihram, Mufti Mahu Dia Bertaubat & Diambil Tindakan

‘Ia Menghina Agama..’ – Tular Isu Wanita Tunai Umrah Pakai Ihram, Mufti Mahu Dia Bertaubat & Diambil Tindakan

Isu ini bukan sahaja menarik perhatian pengguna media sosial malah turut mendapat perhatian dua Mufti iaitu Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/trending/2022/08/12/semoga-kau-kena-panah-petir-wanita-dakwa-rakan-pengkid-tunai-umrah-pakai-ihram-video/

Sejak semalam, media sosial hangat memperkatakan mengenai satu video tular memaparkan seorang ‘wanita berperwatakan lelaki’ yang mengerjakan umrah dengan memakai pakaian ihram.

Perbuatannya yang begitu berani memakai ihram selain menggunakan jubah sebagaimana jemaah umrah lelaki menaikkan kemarahan orang ramai yang mahukan dia disiasat.

Menerusi video yang tular, wanita berasal dari Perak itu difahamkan sudah menjejakkan kaki di Masjidil Haram dan juga Masjid Nabawi.

Baca artikel berkaitan : “Semoga Kau Kena Panah Petir” -Wanita Dakwa Rakan ‘Berperwatakan Lelaki’ Tunai Umrah Pakai Ihram [Video]

Isu ini bukan sahaja menarik perhatian pengguna media sosial malah turut mendapat perhatian dua Mufti iaitu Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Menurut Dr Abdul Rahman, wanita berkenaan wajar didakwa kerana menghina agama. Tindakan ini menurut beliau perlu dilakukan bagi mengelakkan lebih banyak kes sama berulang.

Perbuatan di laknat Allah

“Pertama, hukum wanita menyerupai lelaki atau sebaliknya dilaknat Allah SWT, maknanya ia berdosa. Orang ini tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT.

“Tindakannya menunaikan umrah dengan menyerupai lelaki adalah menghina agama dan patut didakwa mengikut enakmen yang ada,” katanya dipetik dari BH.

Mahu dia bertaubat

Dalam pada itu, Mufti Pulau Pinang pula menegaskan perbuatan mempersenda dan mempermainkan agama adalah sifat orang munafik. Tindakan ini menurut beliau akan dibalas dengan seksaan neraka yang dahsyat di akhirat kelak.

Jelas beliau, golongan sebegini – yang suka mempermainkan agama seharusya bertaubat sementara Allah SWT masih memberi peluang untuk mereka kembali ke jalan yang benar.

“Sesiapa melakukan tindakan sedemikian sesungguhnya telah kufur sebab dikira dia memandang ringan kepada agamanya.

“Keimanan menuntut seseorang mengagungkan serta menghormati Allah, Rasul dan agama-Nya, sedangkan mereka meringan-ringankan kesemua ini,” katanya kepada BH.

Beliau dalam masa sama turut mengingatkan perbuatan sebegini ada disebut di dalam ayat 66 surah At-Taubah yang bermaksud : ‘Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu bermain-main?’.

“Memang sejak zaman Rasulullah SAW lagi sudah wujud golongan yang suka mempersendakan agama Islam dan menjadikannya bahan mainan.

“Sebenarnya mereka ini hanya memudaratkan diri sendiri sedangkan agama Islam sedikitpun tidak terjejas oleh tindakan sedemikian,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.