
“Semoga Kau Kena Panah Petir” -Wanita Dakwa Rakan ‘Berperwatakan Lelaki’ Tunai Umrah Pakai Ihram [Video]
“Berita tergempar, pengkid pergi umrah pakai ihram”
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam, tular di media sosial satu pendedahan seorang pengguna Twitter yang mendakwa rakannya yang juga seorang ‘wanita berperwatakan lelaki’ mengerjakan umrah dengan memakai pakaian ihram.
Menerusi bebenang yang dikongsikan Aliya di laman Twitter, dia menjelasan mahu mendedahkan perkara berkenaan kerana sudah penat dengan penipuan individu berkenaan yang disifatkannya begitu berani hingga sanggup melanggar hukum Allah SWT.
“Berita tergempar, pengkid pergi umrah pakai ihram”
berita tergempar, pengkid pergi umrah pakai ihram hahahaahha. mampus kau lah sana semoga kena panah petir x pun lumpuh sebelum balik. Main2 dengan hukum Allah
— Aliya Mansor (@Aliyameha) August 11, 2022
Menurut Aliya, dia mempunyai segala bukti mengenai penipuan yang dilakukan oleh individu terbabit termasuklah butir peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamatnya.
kalau ada yang nak aku spill semua i will spill, sebab kes macam ni tak viral tak kena tangkap dan tak insaf. aku penat tgk kau menipu sampai langgar hukum Allah. Kau nak cakap aku fitnah? aku ada ss conversation kau ajak aku kahwin, email kau, vid kau dgn perempuan2 lain
— Aliya Mansor (@Aliyameha) August 11, 2022
“Kalau normal pengkid tak mental ajak kahwin”
Malah lebih mengejutkan apabila wanita mendakwa individu berkenaan sebelum ini pernah mengajaknya untuk berkahwin.
Malah dia turut berkongsi tangkap layar perbualan bersama bekas ‘teman lelakinya’ itu bagi membuktikan dakwaannya.
“Ini bukti aku ada conversation yang dia ajak kahwin. Kalau normal pengkid, diorang tak mental lagi suruh kahwin macam ni.”
Aliya
ini bukti aku ada conversation yg dia ajak kahwin. Kalau normal pengkid,diorang tak mental lagi suruh kahwin mcm ni pic.twitter.com/Zh53I0Ws2v
— Aliya Mansor (@Aliyameha) August 11, 2022
Tunjuk bukti video pakai ihram
Menerusi bebenang sama, dia turut memuat naik video bukti yang memperlihatkan individu berkenaan mengerjakan umrah sambil memakai ihram – satu perkara yang menjadi kesalahan besar memandangkan ia hanya digunakan oleh golongan lelaki sahaja.
Sebelum orang tuduh saya photoshop, nah lah bukti. I nak edit gambar sendiri pun hidung jd micheal jackson inikan pula nak photoshop. pic.twitter.com/lfpzthw6Zf
— Aliya Mansor (@Aliyameha) August 12, 2022
Pegi umrah guna visa pelancong
Dakwa Aliya ini lagi, individu berkenaan berjaya ‘meloloskan’ diri memandangkan dia menggunakan visa pelancong dan bukannya visa umrah atau Haji. Malah dia didakwa masuk ke Arab Saudi tanpa memakai tudung.
dia pergi pakai visa pelancong, bukan visa umrah/haji
— Aliya Mansor (@Aliyameha) August 12, 2022
dia masuk pun tak pakai tudung, kental hati tak tau lepas mcm mana mgkn sbb visa pelancong pic.twitter.com/nnwV9fZZlr
— Aliya Mansor (@Aliyameha) August 12, 2022
Sudah ‘terlepas’ ke Masjid Nabawi
Bukan itu sahaja, seorang pengguna Twitter lain turut memuat naik video memperlihatkan kelibat seorang ‘lelaki’ dari belakang dipercayai individu berkenaan sudah pun menjejakkan kaki di Masjid Al-Nabawi.
Dah lepas dah.. pic.twitter.com/Ggm0kQm587
— .am (@nameisAm_) August 12, 2022
Pendedahan yang dilakukan mereka nyata mengejutkan pengguna Twitter lainnya.
Ramai yang berasakan individu ini patut dikesan kerana jika benar dakwaan tersebut, dia telah melakukan satu kesalahan yang cukup besar malah sudah melanggar hukum Allah SWT.
Malah ramai meluahkan kekesalan kerana khuatir perbuatan itu akan menyebabkan rakyat Malaysia yang lain bakal berdepan masalah untuk mengerjakan umrah di masa hadapan.
Kalau rakyat Malaysia ada masalah nak pergi buat Umrah / Haji lepasni, korang salahkan malaun macam ni. Punca betul lah!!!!
— Ayien©️ (@yein654) August 12, 2022
MashaAllah. When agama is nothing to some of yall. Tak takut ke? Beraninya main-mainkan agama 😖
— 𝑷𝒌𝒂 (@pkaaaaa_) August 12, 2022
Tidak batal wudhu
Berhubung isu apakah jemaah lelaki akan terbatal wudhu sekiranya bersentuhan dengan ‘lelaki’ berkenaan, beberapa pengguna media sosial menjelaskan ianya tidak membatalkan kerana mereka tidak mengetahui bahawa individu tersebut sebenarnya adalah seorang wanita.
Saya cuba terangkan ya.
— (◉ω◉) (@ZackAvaricious) August 12, 2022
1. Tak batal wuduk jika bersentuhan jantina ajnabi ketika tawaf.
2. Tak batal wuduk lelaki yang tidak mengetahui dia telah menyentuh wanita ajnabi
Hanya batal wuduk bagi yang mengetahui jantina dirinya, dalam kes ini tuan badan itu sendiri. https://t.co/FddBnOah5j
Selari dengan pejabat Mufti WP
Malah kenyataan itu dikuatkan dengan perkongsian dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang menjelaskan di dalam lamannnya di mana badan berautoriti yang menguruskan soal ibadat Haji jemaah Malaysia melalui Muzakarah Haji ke-21/1426 H mengatakan tidak batal wudhu’ jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat dalam masyaqqah (kesukaran dan kepayahan) dan haraj seperti kesesakan di tempat tawaf dan lainnya.
Berkaitan dengan persoalan di atas, mengenai adakah batal wudhu’ jika tersentuh antara lelaki dan perempuan ketika melakukan tawaf, ianya menjadi perkara khilaf dikalangan para ulama’ dan kami nyatakan seperti berikut:
- Muktamad di dalam mazhab al-Syafi’e bahawa bersentuhan lelaki dan perempuan tanpa lapik akan membatalkan wudhu’ sama ada sentuhan itu disertai syahwat ataupun tidak. Begitu juga sama ada sentuhan itu sengaja ataupun tidak ataupun terlupa.
- Menurut mazhab Hanafi, ianya tidak membatalkan wudhu’ jika tersentuh di antara lelaki dan perempuan. Ianya juga adalah pendapat Muhammad bin Al-Hasan al-Syaibani dan ianya juga adalah pendapat Ibn ‘Abbas, Tawus, al-Hasan, ‘Ato dan ini juga adalah pendapat pilihan Ibn Taimiyyah.
- Pendapat yang masyhur di sisi mazhab Hanbali dan Maliki mengatakan bahawa sentuhan di antara lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’ jika tidak disertai dengan syahwat.
Pendapat-pendapat yang kami kemukakan di atas adalah berdasarkan pengamatan kami terhadap pendapat para ulama’. Adapun badan berautoriti yang menguruskan soal ibadat Haji jemaah Malaysia melalui Muzakarah Haji ke-21/1426 H mengatakan boleh beralih dari pendapat syafi’e yang masyhur kepada pendapat syafi’e yang marjuh iaitu tidak batal wudhu’ jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat dalam masyaqqah (kesukaran dan kepayahan) dan haraj seperti kesesakan di tempat tawaf dan lainnya.