fbpx
Now Reading
Aksi Pak Cik Sakat Anjing Jiran Buat Ramai Terhibur [Video]
Pak cik sakat anjing buat ramai terhibur

Aksi Pak Cik Sakat Anjing Jiran Buat Ramai Terhibur [Video]

Gelagat pak cik tersebut yang menari-nari di hadapan pintu pagar jirannya itu telah membuatkan anjing tersebut menyalak-nyalak hingga membuatkan ramai terhibur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anjing merupakan haiwan yang setia kepada tuannya, bukan sahaja setia mereka juga akan melakukan apa sahaja untuk menjaga keselamatan di kawasan rumah daripada di ceroboh oleh individu tertentu.

Gelagat haiwan yang comel ini juga sering membuatkan peminatnya mahu memelihara, membelai dan bermain dengan mereka.

Sakat haiwan peliharaan jiran

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan aksi seorang pak cik yang menyakat haiwan peliharaan jirannya sehingga mencuri tumpuan orang ramai yang berasa geli hati dengan aksi tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @hairunapisahidris di TikTok, kelihatan pak cik itu sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumah daripada surau berdekatan rumahnya.

Jalan macam menari untuk tarik perhatian anjing

Namun, sebelum tiba di rumahnya, dia yang berjalan sambil menari sempat singgah di salah satu rumah jiran yang memelihara lebih kurang tiga ekor anjing untuk mencuri tumpuan anjing tersebut.

Apa yang melucukan lagi, selain menari dia turut dilihat melakukan beberapa aksi di hadapan pagar besi yang tertutup itu hanya untuk bermain dan menyakat anjing di dalam rumah berkenaan.

Anjing terus menyalak lihat aksi pak cik

Apabila menyedari kehadiran pak cik itu, kesemua anjing tersebut terus meluru ke bahagian pintu pagar itu sambil berdiri dan menyalak seperti tidak berpuas hati dengan gelagatnya.

Menerusi satu lagi video yang dimuat naik oleh Hairunapisah, pak cik tersebut turut tidak tahu bagaimana video tersebut boleh menjadi tular sehingga membuatkan dia menjadi terkenal dan menerima panggilan daripada orang lain.

Dia dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai.

@hairunapisahidris

Pak cik aris ucap terima kasih.. tiber2 dia femessssss 🤣

♬ original sound – hairunapisahidris – hairunapisahidris

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian pengguna media sosial yang terhibur dengan gelagat comel pak cik itu dan ada juga yang mengatakan jika anjing itu melompat daripada pagar tersebut pasti dia akan lari lintang pukang.

“Pinjam ayah siapa ni”

“Kalau tuan rumah ada kamera litar tertutup mesti gelak berguling-guling”

“Kalau ada jiran buat aduan bunyi anjing menyalak, anda pasti tahu siapa puncanya”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.