Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Sebagai seorang manusia kita sentiasa dinasihatkan untuk melakukan kebaikan tidak kiralah di mana jua kita berada.
Malah perbuatan ini bukan sahaja dapat memberikan kebahagian kepada orang lain tetapi juga dapat menjadi contoh untuk diteladani.
Pemandu lori bantu Uncle ambil kaki palsu
Perkara sama turut dilakukan seorang pemandu lori ‘pick-up’ yang membantu seorang Uncle dengan mengambil kaki palsunya yang terjatuh di atas jalan di Econsave Raja Uda, Butterworth, Pulau Pinang.
Menerusi rakaman dashcam yang dikongsikan di laman grup Facebook Inforoadblock, kelihatan Uncle tersebut memberhentikan motosikalnya di bahu jalan kerana kaki palsunya tercabut di tengah jalan.
Pemandu lori yang menyedari keadaan itu kemudian dengan segera memberhentikan kenderaanya dan turun untuk mengambil kaki palsu tersebut.
Segera datang beri kaki palsu dan tolong pasangkan
Apa yang lebih menarik perhatian, kelihatan Uncle tersebut cuba sedaya upaya untuk turun dari motosikalnya bagi mengambil kaki berkenaan namun tindakan segera pemandu tersebut telah memudahkannya.
Tanpa membuang masa, pemandu berkenaan segera memasangkan semula kaki palsu Uncle tersebut sebelum berlalu pergi untuk mengalihkan lorinya kerana telah menyebabkan kenderaan di bahagian belakang tertunggu-tunggu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan mulia pemandu berkenaan dan mengucapkan terima kasih kerana sudah membantu Uncle tersebut.