fbpx
Now Reading
Zul Ariffin Didenda RM30,000, Mengaku Bersalah Muat Naik Video Sumbang

Zul Ariffin Didenda RM30,000, Mengaku Bersalah Muat Naik Video Sumbang

Mengikut pertuduhan, kesalahan tersebut dilakukannya menerusi laman Instagram Zul_Ariffin pada 18 Mac lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon terkenal, Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor pada Selasa pagi (4 Oktober) atas pertuduhan memuat naik kandungan sumbang di akaun media sosialnya.

Dia membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noorhisham Mohd Jaafar.

Mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kesalahan tersebut dilakukannya menerusi laman Instagram Zul_Ariffin pada 18 Mac lalu.

Baca artikel berkaitan : Muat Naik Adegan Panas, Zul Ariffin Akan Disiasat – Annuar Musa

Terdahulu media melaporkan Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin tiba di Kompleks Mahkamah Sepang sekitar jam 8.10 pagi tadi ditemani beberapa individu dipercayai peguam dan pengurusnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.