fbpx
Now Reading
Zahidi Sahkan Akan Bertanding Bagi Mempertahankan Parlimen Padang Besar
Zahidi pertahankan kerusi parlimen padang besar

Zahidi Sahkan Akan Bertanding Bagi Mempertahankan Parlimen Padang Besar

Beliau dalam masa sama turut menjangkakan bahawa pencabarnya itu, Datuk Zahida Zarik Khan akan berdepan dengan laluan yang sukar pada PRU15 ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehangatan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin terasa apabila banyak parti-parti politik mula mengumumkan senarai calon mereka.

Menerusi pengumuman yang dilakukan itu, rakyat juga dapat melihat beberapa nama baru dan lama yang disenaraikan akan bertanding di kawasan Parlimen dan DUN mereka.

Zahidi sahkan bertanding untuk Parlimen Padang Besar

Terbaharu, penyandang Parlimen Padang Besar iatu Datuk Zahidi Zainul Abidin telah mengesahkan bahawa beliau tetap akan bertanding bagi kerusi tersebut meskipun namanya telah digugurkan oleh Barisan Nasional (BN).

Memetik laporan Utusan Malaysia, beliau bagaimanapun memaklumkan buat masa ini masih belum dapat memastikan akan bertanding atas tiket gabungan yang mana kerana perkara itu masih dalam perbincangan.

Menurutnya, UMNO ketika ini sedang berada dalam keadaan celaru apabila banyak calon berpotensi untuk memenangi kerusi disingkirkan dari bertanding.

“Sekarang perbincangan sedang berlangsung dan kita harap dapat tonjolkan calon-calon kita yang bersesuaian dengan keadaan sekarang,” jelasnya.

Zahidi antara calon yang digugurkan dari mewakili BN

Untuk maklumat, beberapa nama besar sebelum ini telah digugurkan dari menjadi calon BN dan ini termasuklah Zahidi dan tempatnya kini digantikan dengan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Perkara yang diumumkan oleh Zahidi itu secara tidak langsung menyaksikan Zahida Zarik sebagai pencabarnya yang juga pendatang baharu bagi Parlimen berkenaan.

Sementara itu, Zahidi turut menyatakan bahawa pencabarnya itu mungkin akan berdepan dengan jalan yang sukar bagi PRU15 ini disebabkan perkembangan politik semasa.

“Kita lihat kalau peluang dia (Zahida Zarik) masa zaman UMNO kuat dulu mungkin cerah, tapi dalam situasi sekarang, peluang dia agak tipis. Akar umbi mungkin berbelah bagi dan menyebabkannya sukar untuk menang di sana,” katanya lagi.

Kata beliau lagi, prinsip dalam memilih ahli Parlimen bagi sesebuah kawasan bergantung kepada kriteria wakil dari anak tempatan dan bukan kerana tujuan untuk kepentingan dari pihak tertentu.

“Untuk penerimaan bahagian kepada Zahida Zarik mungkin agak sukar memandangkan beliau adalah calon luar dan bukan berasal dari Padang Besar,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.