fbpx

Minta Buat ‘Mexican Wave’ Ketika Hari Konvo UniMAP, Gelagat Raja Muda Perlis Curi Perhatian [Video]

Raja Muda Perlis ketika berada di dalam dewan sempat berseloroh dengan orang ramai semas meminta mereka melakukan ‘Mexican wave’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari graduasi atau konvokesyen merupakan perkara yang dinantikan oleh setiap yang bergelar pelajar.

Yelah selepas bertahun-tahun bertungkus lumus belajar untuk mengejar impian kini tiba masa untuk mereka menamatkannya dengan segulung sijil.

Apa yang lebih menyeronokkan sepanjang majlis ini berlangsung pelbagai perkara yang berlaku ada yang sedih, lucu termasuklah mengembirakan hati.

Raja Muda Perlis minta buat ‘Mexican wave’

Baru-baru ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengadakan hari konvokesyen yang ke-18 dan gelagat bersahaja Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai Canselor universiti berkenaan mengundang perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @acap27442 di TikTok, awalnya baginda telah meminta untuk melakukan ‘mexican wave’ yang menjadi tradisi ketika konvokesyen di universiti berkenaan.

“Sebagai tradisi konvo UniMAP, kita buat ‘mexican wave’ boleh tak?

“Baik kita mula dengan barisan hadapan sampai belakang dan kemudian naik ke sebelah sini dan sini habis satu pusingan raptai. Macam biasa setiap tahun sama saja,” titahnya.

Baginda dalam masa sama turut meminta orang ramai yang berada di dalam dewan untuk bersorak sambil berdiri.

Sebaik membuat kiraan kesemua graduan di bahagian hadapan segera bangun untuk membuat mexican wave.

Namun ombak itu terhenti apabila ibu bapa yang berada di bahagian belakang tidak berdiri untuk menyambungnya.

“Belakang pak cik dan mak cik di belakang sambung terus,” katanya sebelum meminta muzik dihentikan.

Sempat berseloroh buat ramai terhibur

Baginda kemudian tertawa seraya berseloroh “Itulah pakcik tak datang raptai, okay kita mula daripada depan sampai belakang. Rasanya pakcik, mak cik ini ramai muda dari saya.”

Sebaik mendengar seloroh itu, kedengaran dewan tersebut gamat dengan gelak ketawa daripada orang ramai yang terhibur dengan baginda.

Tuanku Syed Faizuddin kemudia meminta agar sesi raptai itu dilakukan semula.

‘Mexican wave’ itu akhirnya berjaya dilakukan sebanyak tiga pusingan.

Mengintai di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut selain turut memuji Raja Muda Perlis sangat sporting.

Tidak kurang juga ada menyatakan baginda seorang yang berjiwa rakyat.

“Raja Perlis yang tak pernah tak layan rakyat. Naik basikal pusing kampung dan melawat asnaf”

“Tuanku memang sporting lah. Pertama kali selfie dengan tuanku dekat Perlis marathon. Selepas saya, ramai yang selfie dengan tuanku”

“Terbaik Raja Muda Perlis”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.