fbpx
Now Reading
Pemuda Sebak, Bapa Sanggup Beli Kasut Terpakai RM8 Untuk Hadiri Konvokesyen [Video]

Pemuda Sebak, Bapa Sanggup Beli Kasut Terpakai RM8 Untuk Hadiri Konvokesyen [Video]

Menurut Ayob, kesungguhan bapanya membeli kasut itu membuatkan dia berasa sebak dan kemudian mengambil keputusan untuk menghadiahkan sepasang kasut dan baju kemeja baharu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap ibu bapa pastinya ingin melihat anak mereka berjaya ke menara gading.

Oleh itu, pelbagai perkara sanggup dikorban oleh ibu bapa demi melihat anak yang disayangi melangkah ke universiti untuk mengejar cita-cita mereka.

Jika ditanya kepada ibu bapa, kebanyakannya tidak kisah si anak ingin memilih profesion apa sekalipun asalkan mereka menjadi insan yang berguna kepada bangsa, negara dan agama.

Bapa sanggup beli kasut RM8 sebab nak hadiri konvo anak

Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi kisah menyentuh hati apabila bapanya sanggup membeli kasut terpakai berharga RM8 demi menghadiri majlis konvokesyennya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Ayob Ibrahim berusia 26 tahun, menunjukkan sepasang kasut yang dibeli oleh ayahnya berwarna hitam.

“Kalau kasut ni, masuk dewan konvo kamu nanti boleh ke?

“Tadi abah beli kasut ni RM8. Boleh kot ye pakai kasut ni,” soal bapanya yang dikenali sebagai Ibrahim Neerdin.

Kesungguhan bapa buat anak rasa sebak

Persoalan bapanya itu, secara tidak langsung telah membuat anaknya sebak kerana tidak menyangka si bapa sanggup membeli kasut untuk menghadiri konvokesyennya meskipun ia barangan terpakai.

Memetik laporan Harian Metro, graduan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia itu akan menghadiri majlis konvokesyen ke-47 universiti berkenaan pada 30 November nanti.

“Baru-baru ini, saya balik makan tengah hari dan terkejut apabila abah tunjuk sepasang kasut yang dibelinya di kedai barang terpakai untuk hadir ke majlis konvokesyen.

“Sebak pula rasanya bukan kerana abah beli di kedai terpakai memandangkan kami bukan daripada keluarga senang jadi sudah biasa ke situ (kedai barangan terpakai).

“Tapi kerana saya memang sudah niat dan rancang nak belikan kasut serta baju baharu buat abah,” jelasnya.

Bawa bapa pergi beli kasut dan baju baru sempena hari jadi

Dia kemudian telah membawa bapanya untuk membeli kasut serta baju kemeja memandangkan pada 12 November merupakan hari lahir insan kesayangannya itu.

“Kebetulan 12 November ulang tahun kelahiran abah jadi saya bawa dia keluar seterusnya membelikan baju serta kasut baharu. Abah sangat gembira dan ucap terima kasih kepada saya. Tak cukup dengan itu, abah kongsikan juga gambar berkenaan dengan keluarganya di WhatsApp kerana terlalu gembira.

“Itu yang saya mampu lakukan buat abah kerana kini, hanya ada dia selain adik beradik sejak ibu meninggal dunia akibat barah payudara pada tahun 2014,” ujarnya.

Video dikongsikan hanya sebagai kenangan

Katanya lagi, video yang dimuat naik di TikTok itu sekadar untuk kenangan namun tidak sangka ia menjadi perhatian selepas dimaklumkan oleh rakan.

“Lebih menyentuh hati saya apabila ramai nyatakan hasrat untuk beli dan hadiahkan kasut. Tapi saya tolak dengan baik kerana buat masa in mampu untuk belikan abah walaupun bukan barang mewah.

“Lagipun, perkongsian saya itu bukan untuk raih simpati sesiapa dan enggan orang berfikiran begitu. Apa pun, terima kasih kepada yang mendoakan kami dan bagi mereka masih ada abah, hargailah selagi ada.”

@jobs_abraham

Replying to @Ainnn🕊️ alhamdulilah telah dibelikan kasut baru semalam (12/11/23) alang alang dah hari lahir abah so kita hadiahkan terus. Happy Birthday Abah.

♬ Ayah – Seventeen

Mengintai di ruangan balas ramai yang meminta agar pemuda yang bekerja sambilan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu untuk menjaga bapanya dengan baik.

“Semoga terus berbakti kepada ayah ya adik, sementara masih ada. Di doakan adik Ayob dimurahkan rezeki selalu, diberikan kesihatan yang baik”

“Ahh saya koyak, semoga dimurahkan rezeki adik sekeluarga. Tinggal restu ayah je sekarang ni, nikmati sebaik-baiknya”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.