fbpx

“Apa Di Mana Itu?” – Gelagat Judika Tak Kenal Negeri Perlis Raih Perhatian Ramai [Video]

Kejadian ini berlaku semasa Judika yang berada di atas pentas bertanya dari negeri manakah peminat-peminatnya datang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut saja nama Judika, pasti kebanyakan rakyat Malaysia mengenali bahkan meminati penyanyi kelahiran Indonesia ini yang begitu popular dengan lagu-lagu nyanyiannya.

Baru-baru ini, Judika telah mengadakan persembahan Konsert Romantic Night – Judika & The Gang yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam kelmarin (21 Oktober).

Sepanjang persembahan untuk konsert pertamanya di Malaysia itu, penyanyi berusia 45 tahun berkenaan telah berjaya memukau para penonton dengan kehebatan vokalnya.

Tular di media sosial, Judika tak kenal Perlis semasa konsert

Pun begitu, terdapat momen yang tular di media sosial semasa konsert berlangsung sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @syfwpink, Judika atau nama sebenarnya Judika Nalon Abadi Sihotang tidak mengenali negeri Perlis.

Kejadian ini berlaku semasa Judika sedang bertanya kepada penonton dari negeri mana mereka datang.

Judika siap tanya “apa di mana itu?”

Bagaimanapun, ketika salah seorang penonton yang hadir memberitahu bahawa dia datang daripada Perlis, Judika kelihatan tercegang dan seolah-olah tidak pernah mendengari nama negeri yang berada di hujung Utara Malaysia itu.

“Dari Sarawak, luar biasa. Dari mana lagi? Bilis? Dari mana? Perlis? Apa, di mana itu?” kata Judika.

Judika tahu negeri Pahang

Setelah itu, Judika dengan segera bertanya mengenai penontonya yang hadir daripada negeri Pahang sambil kedengaran orang ramai tertawa kerana terhibur dengan pertanyaan penyanyi itu terhadap negeri Perlis.

“Pahang, mana Pahang?” soal Judika.

Netizen terhibur dan tak ambil hati dengan Judika

Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat gelagat Judika yang bertanya mengenai negeri Perlis.

Tidak hanya itu, kebanyakan netizen daripada Perlis juga tidak mengambil hati dengan Judika yang tidak tahu mengenali negeri berkenaan.

Malah perakam video, turut mencadangkan agar ada yang membawa Judika untuk pergi ke Perlis.

“Someone please bawa Judika pergi ke Perlis,” tulisnya di kapsyen.

Perlis berada di hujung utara Malaysia, kurang popular di mata dunia

Penyanyi kelahiran Sidikalang di Sumatera Utara Indonesia itu tidak boleh disalahkan sekiranya dia tidak mengenali Perlis memandangkan negeri kecil itu betul-betul berada di hujung utara Malaysia.

Kecantikan dan keindahan alam di Perlis sememangnya diketahui oleh rakyat Malaysia, namun ia tidaklah begitu popular di mata segelintir pelancong luar negara.

Mungkin kalau Judika pergi ke sana pasti dia akan jatuh cinta dengan kecantikan negeri Perlis..

Berikut komen netizen:
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.