fbpx
Now Reading
PRU15: Pengundi Dinasihati Keluar Awal, Dijangka Ribut Petir Di Lembah Klang

PRU15: Pengundi Dinasihati Keluar Awal, Dijangka Ribut Petir Di Lembah Klang

Rakyat Malaysia dinasihati merancang perjalanan bagi melaksanakan tanggungjawab pada 19 November ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengundi disarankan keluar seawal pagi ketika hari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu ini (19 November) susulan ramalan ribut petir bagi seluruh kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata kawasan di Selangor yang dijangka hujan pada waktu pagi hanyalah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kapar, Klang dan Kuala Langat.

Pengundi di Kedah, Perlis dan Perak disaran keluar mengundi waktu pagi

“Pengundi di Kedah, Perlis dan Perak turut disarankan untuk keluar membuang undi pada waktu pagi kecuali Pulau Pinang yang diramalkan cuaca baik hanya pada waktu petang.

“Sementara itu di Pantai Timur, pengundi di Pahang dinasihatkan untuk keluar mengundi pada waktu pagi, manakala di Kelantan kebanyakan kawasan dijangka hujan pada waktu pagi, kecuali Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang,” ujar MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya.

Hampir seluruh Terengganu diramal hujan seharian

Tambah jabatan itu, hampir kesemua kawasan parlimen di Terengganu diramal hujan seharian kecuali di kawasan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman pada waktu pagi.

Manakala di Negeri Sembilan dan Johor, cuaca turut dijangka cerah pada waktu pagi di kebanyakan kawasan, bagaimanapun pengundi di Melaka dinasihatkan keluar mengundi pada waktu petang.

Sabah, Sarawak dan Labuan diramal ribut petir pada waktu petang

“Dalam pada itu, pengundi di kawasan parlimen Sarawak, Sabah dan Labuan juga digalakkan mengundi pada waktu pagi berikutan cuaca diramal cerah dan ribut petir hanya pada waktu petang,” ujar MetMalaysia.

Sementara itu, MetMalaysia turut menasihati pengundi untuk merancang perjalanan bagi melaksanankan tanggungjawab mereka pada PRU15 nanti.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ke laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.