fbpx
Now Reading
“Saya Raikan Perbezaan Pendapat Di Kalangan Ahli UMNO” – Ahmad Zahid

“Saya Raikan Perbezaan Pendapat Di Kalangan Ahli UMNO” – Ahmad Zahid

Menurut Zahid Hamidi, tidak seharunya ada ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘duri dalam daging’ di dalam sesebuah parti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meraikan perbezaan pendapat dalam kalangan ahli parti berkenaan, namun beliau tidak akan berkompromi sekiranya ada di antara mereka menyentuh soal integriti parti.

Hal ini kerana Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri sangat mementingkan kesatuan dalam parti berkenaan.

“Saya meraikan perbezaan pendapat, silakan bercakap tetapi apabila integriti parti disentuh, saya tidak boleh berkompromi lagi dalam perkara ini, yang penting ialah soal kesatuan dalam parti itu.

“Penyatuan pemikiran dalam kalangan kepimpinan, penyatuan hati nurani dalam kalangan kepimpinan, penyatuan tindakan pelaksanaan kepada aktiviti jentera parti ini harus diutamakan dan ini mungkin sukar difahami tetapi tidak sukar untuk saya laksanakan,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV semalam (31 Januari).

Tidak seharusnya ada gunting dalam lipatan di dalam parti

Menurutnya, tidak seharunya ada ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘duri dalam daging’ di dalam sesebuah parti.

“Serangan bukan datang dari luar (parti), kita kenal musuh di luar, kita kenal juga musuh di dalam, baling batu sembunyi tangan sangat banyak, tetapi saya harus bersangka baik dengan semua orang dalam perkara ini.

“Tetapi sebagai seseorang yang diberikan amanah untuk memimpin sebuah parti terbesar orang Melayu dan Islam, adakah saya mahu biarkan keadaan itu terus berlaku,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, beliau hanya berusaha untuk menyelamatkan parti dan tidak menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana individu.

42 orang ahli UMNO dipecat termasuk KJ dan Noh Omar

Terdahalu, negara dikejutkan dengan pemecatan 42 orang ahli UMNO termasuk Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tan Sri Noh Omar kerana didakwa melakukan pelanggaran disiplin semasa Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.

Selain itu, empat pemimpin parti tersebut turut digantung keahliannya selama enam tahun termasuklah Hishammuddin dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Hamdan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.