fbpx
Now Reading
“Kau Buang Aku Macam Sampah”- Aaron Aziz Akhirnya Dedah Isu Dengan Syamsul Yusof [Video]
Aaron aziz x syamsul yusof

“Kau Buang Aku Macam Sampah”- Aaron Aziz Akhirnya Dedah Isu Dengan Syamsul Yusof [Video]

Menurut Syamsul, faktor umur dan kesihatan dihidapi Aaron Aziz adalah sebab dia terpaksa akur untuk menggugurkan nama aktor tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, media ada melaporkan berhubung nama pelakon, Aaron Aziz yang dikatakan telah digugurkan dari filem The Original Gangster.

Filem yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu ternyata mendapat perhatian ramai apabila ada yang tertanya-tanya mengapakah nama Aaron digugurkan dari filem terbabit.

Syamsul Yusof dedah sebab gugurkan nama Aaron Aziz dari filem arahannya

Syamsul dalam satu sidang media khas semalam (22 Mac) menjelaskan beberapa sebab mengapa nama Aaron Aziz digugurkan.

“Sayalah orang terakhir yang mahu menggugurkan nama Aaron Aziz dalam filem The Original Gangster. Kerana penerbit-penerbit beritahu saya, Aaron tak boleh. Dia sudah tua, dia dah gemuk. Namun saya kata jangan.. tak, kita bagi dia (Aaron) masa. Dia dah janji dengan saya boleh kuruskan badan, boleh training. Selain daripada itu, Aaron ada masalah slip disc iaitu kesihatannya pula.”

Syamsul Yusof

Katanya lagi, masalah kesihatan yang dihadapi Aaron menjadi sebab utama dia terpaksa menggugurkan nama aktor tersebut selepas bimbang ia akan memudaratkan jika berlaku sebarang perkara tak diingini selain tidak mahu diri dipersalahkan.

Aaron Aziz tampil beri penjelasan bagi pihaknya

Enggan berdiam diri, Aaron Aziz tampil menjelaskan kronologi tentang isu yang berlaku di antaranya dan Syamsul Yusof.

Dia menerusi satu hantaran di Instagram mendakwa Syamsul sudah mengetahui tentang kondisi kesihatan memandangkan telah bertemu beberapa kali sejak 2022.

“Kronologi bermula dari 2021, kau (Syamsul) suruh aku block 3 bulan KL Gangster semua tu dan kemudian tak jadi. Kemudian 2022 kau datang rumah aku tiga kali. Aku ingat kau nak buat KL Gangster rupanya yang lain.

“Kau bagitahu aku, kau tak tahu yang aku ada sakit leher tapi kau datang rumah aku tiga kali dengan baik kita bincang.

“Kau tak tahu ke? Kau jangan nak tipu yang aku ada masalah dengan leher,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Instagram.

Diminta turunkan berat badan, masih cuba walau sukar

Menurut Aaron, ketika Syamsul mempelawanya penggambaran akan bermula lagi sebulan dan untuk dia menurunkan berat seperti dimahukan adalah sukar namun dia tetap mencuba.

“Pertama aku tanya cerita ni banyak aksi pergaduhan atau tidak. Kau kata tak, banyak pakai senjata. Kalau kau nak cakap aku bohong, tak apa nanti dekat padang masyar kau jawab, Allah SWT sebagai saksi aku,” ucapnya.

Ujar aktor itu dia telah memulakan latihan bersama jurulatih yang sudah lebih 10 tahun melatihnya selain turut menyatakan watak yang dibawa mempunyai banyak aksi pergaduhan.

Dia juga dalam masa sama tidak mahu melibatkan pelakon lain kerana hal ini adalah antara dirinya dan Syamsul sahaja.

Tunjuk bukti sanggup cucuk badan demi watak yang dibawa

Aaron juga menyatakan sebelum pergi ke sesi koreografi dia telah memulakan latihan dan memaklumkan dia berlatih selama empat jam dalam sehari hingga 1000 kalori dibakar pada setiap hari.

Bukan itu sahaja dia sanggup mencucuk badannya dalam mendapatkan badan yang ideal seperti yang diinginkan Syamsul. Namun siapa sangka usahanya semua seolah dipandang sepi oleh pengarah berkenaan.

“Lepas tu kau cakap dengan aku, kau nak badan macam ni. Kalau nak badan macam ni kena cucuk bro. Kau cakap apa? Pergi cucuk.

“Ha ni aku tunjuk dekat kau (sambil menunjukkan beberapa picagari) berapa banyak aku dah pergi cucuk. Itu jawapan pertama.

“Yang keduanya, kau punya budak ambil video artis lain yang dah belajar step, dan senang sahaja. Tapi masa ambil video aku, masa aku tengah belajar (step) lagi lepas tu dia orang hantar.

“Aku sendiri cakap dekat koreografer alamak asal kau hantar macam tu, kalau kau cakap pengarah nak tengok mesti aku buat betul-betul, itu bukan ke aniaya?” ulas Aaron.

Turun banyak berat badan, Syamsul enggan berjumpa

Malah pelakon itu menyatakan dia telah menurunkan berat badan yang banyak dari 99-98kg hingga 90kg. Bukan hanya itu, penerbit juga meminta untuk Syamsul berjumpa dengannya untuk melihat perubahan dilakukan.

“Aku ajak kau jumpa dengan aku, kau tak nak. Ingat tau kau tak nak jumpa aku.

“Bila kau nak, kau datang rumah aku dengan baik. Bila kau tak nak kau buang aku macam sampah. Aku ajak kau jumpa supaya kau boleh tengok badan aku dah kurus ke tidak.”

Jelas Aaron, dia bercakap benar malah bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikannya kata-katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.