fbpx
Now Reading
Lelaki Menari Michael Jackson Sambil Menyanyi Lagu ‘Singkong & Keju’ Undang Perhatian [Video]
pemuda nyanyi dan menari seperti michael jackson jadi perhatian

Lelaki Menari Michael Jackson Sambil Menyanyi Lagu ‘Singkong & Keju’ Undang Perhatian [Video]

Apa yang menarik, pemuda tersebut turut melakukan tarian seperti Michael Jackson ketika menyanyikan lagu ‘Singkong Dan Keju’ daripada Arie Wibowo.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Michael Jackson bukan hanya seorang penyanyi yang berbakat besar malah fesyen serta tarian mendiang akan sentiasa diingati peminat.

Selain mempunyai lagu-lagu yang menarik, tarian seperti pergerakan badan dan kaki yang lembut juga turut menjadi kegilaan dan ikutan para peminat setiap kali melihat ‘Raja Pop’ itu beraksi di atas pentas.

Lelaki menyanyi dan menari seperti Michael Jackson undang perhatian

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @trissyngates yang memaparkan aksi seorang pemuda yang sedang menyanyi di tepi jalan sambil menari seperti Michael Jackson hingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan lelaki yang memakai kemeja berwarna putih dan berseluar hitam tersebut menyanyikan lagu daripada Arie Wibowo yang bertajuk ‘Singkong Dan Keju’.

Persembahannya yang bertenaga sambil membuat tarian seperti ‘Raja Pop’ itu turut mendapat sorakkan oleh para penonton yang terhibur dengannya.

Dendangkan lagu mengikut gaya Michael Jackson dengan kreativiti tersendiri

Malah lelaki itu turut cuba meniru gaya nyanyian dilakukan oleh Michael Jackson dengan kreativitinya yang tersendiri apabila mencampurkan lagu tersebut dengan yang lain.

Kelihatan orang ramai yang melihat persembahan itu turut tidak melepaskan peluang untuk merakamkan aksinya itu dan bernyanyi bersama-sama.

Ramai sifatkan lelaki tersebut ada bakat besar sebagai penghibur

Menjengah ke ruang komen, ramai yang terhibur dengan persembahan yang dibawa oleh lelaki tersebut dan menyatakan dia mempunyai bakat yang besar.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar pemuda tersebut suatu hari nanti akan menempatkan dirinya di dalam industri seni tanah air.

“Dia ni talented memang terbaik, harap ada rezeki dia di industri hiburan kita yang kekurangan penghibur. 👍👍Mantap”

“Betul-betul penghibur kau dik.. terbaiklah, aku berapa kali ulang tengok”

“Sekarang dia nombor satu.. Aliff Syukri dah jatuh nombor dua”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.