fbpx
Now Reading
Niat Nak Pecah Masuk Restoran, Pemilik Kedai Siap Tawar Kerja

Niat Nak Pecah Masuk Restoran, Pemilik Kedai Siap Tawar Kerja

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Jenayah pecah masuk ataupun rompakan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana ia mampu memberi kesan buruk kepada pemangsanya selain boleh menyebabkan kecelakaan, kerugian dan sebagainya.

Foto: Daily Star

Tapi lain pula yang terjadi apabila seorang ahli perniagaan telah melakukan pendekatan yang berbeza dengan menawarkan pekerjaan kepada penjenayah tersebut.

Carl Wallace dikejutkan oleh sistem penggera dan melihat seorang lelaki di CCTV menggunakan batu bata untuk memecahkan tingkap depan restorannya.

Foto: Daily Star

Lelaki itu kemudian menggegarkan mesin daftar tunai yang dikeluarkan secara paksa dan mendapati tiada apa-apa didalamnya. Dia bertindak meninggalkan premis tersebut selepas 45 saat.

Ujarnya, kejadian yang berlaku di Diablo’s Southwest Grill di Augusta, Georgia itu tidak akan dilaporkan ke pihak polis walaupun kerosakan telah dibuat.

Foto: Daily Star

“Hanya kekecewaan dan kerosakan yang telah dilakukan. Kami tersedar dari tidur di tengah malam, harus bergegas ke kedai dan membersihkan keseluruhan kawasan agar kedai dapat kembali dibuka pada 11 pagi.”

“Ini membuatkan saya sedar bahawa sebagai perompak, lelaki ini tidak melakukan kerjanya dengan baik. Pasti ada jalan lain untuk lelaki ini.”

Foto: Daily Star

Lelaki itu telah memuat naik sebuah posting mengenai kejadian tersebut di Facebook.

Dia juga meninggalkan nombor telefon peribadi beserta meminta perompak tersebut kembali untuk meminta kerja dengannya.

Perkongsian itu kemudiannya tular dan mendapat respon positif daripada orang ramai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.