fbpx
Now Reading
Bukan Pasangan Kembar Tapi Dua Beradik Ini Dilahirkan Pada Hari Yang Sama

Bukan Pasangan Kembar Tapi Dua Beradik Ini Dilahirkan Pada Hari Yang Sama

Fenomena pelik buat wanita yang hamil. dua bayi itu kini berusia 6 bulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menanti saat untuk mendapatkan cahaya mata adalah momen yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pasangan, terutama kepada mereka yang sudah lama merancang untuk mempunyai anak sendiri.

Tidak terlepas juga buat pasangan yang berasal daripada Amerika Syarikat ini berkongsi kisah mereka yang baru sahaja mendapatkan dua cahaya mata setelah mengalami keguguran pada November 2020.

Namun, apa yang lebih menerujakan kami adalah Odalis Martinez ketika pemeriksaan doktor, beliau mempunyai dua kantung bayi yang disenyawakan didalam minggu yang sama tetapi mempunyai perbezaan selama lima hari.

Fenomena ini diklasifikasikan sebagai superfetasi, di mana kandungan kedua terbentuk sedikit lambat seperti beberapa hari atau minggu.

Namun begitu, fenomena ini dikatakan jarang berlaku kepada ibu hamil.

Oleh itu, kedua-dua janin ini mempunyai perbezaan usia dan ia juga tidak dikategorikan sebagai pasangan kembar.

Namun menurut Odalis, mereka seperti pasangan kembar dan mempunyai rupa yang hampir sama antara satu sama lain.

Sekiranya beliau ditanya adakah anaknya itu kembar? Beliau hanya akan mengiyakan kerana tidak mahu mengelirukan orang ramai.

Difahamkan kedua-dua bayi itu telah dilahirkan pada 10 Ogos 2021 dengan Lilo dilahirkan dahulu disusuli oleh Imelda.

Image credit : Freepik/ Dailymail

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.