fbpx
Now Reading
Curi Lambang Kenderaan Rasmi Hakim Untuk Dihadiahkan Pada Abang, Dua Beradik Dicekup Polis

Curi Lambang Kenderaan Rasmi Hakim Untuk Dihadiahkan Pada Abang, Dua Beradik Dicekup Polis

Salah seorang daripada suspek turut mengaku telah bertindak mematahkan lambang ‘Hakim’ pada kereta tersebut untuk dihadiahkan kepada abang yang bernama ‘Hakim’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui hadiah merupakan pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai penghargaan.

Adakalanya hadiah juga turut diberikan untuk mengingati insan tersayang dan sebagainya.

2 beradik curi lambang kereta Hakim sebab nak bagi hadiah pada abang

Namun sedikit berbeza dengan apa yang dilakukan oleh dua beradik ini apabila mereka sanggup mencabut lambang (emblem) ‘Hakim’ pada kenderaan rasmi Hakim Persekutuan untuk dijadikan hadiah kepada abang.

Ekoran daripada tindakan itu, polis kemudian menahan dua remaja yang berusia 15 tahun tersebut pada 8 Januari lalu.

Kejadian itu dilaporkan disedari berlaku pada jam 8.05 malam sewaktu kenderaan terbabit diletakkan di tepi Jalan Taman Koperasi Polis Fasa Dua di Sentul, Kuala Lumpur semasa pemandu hakim tersebut berhenti untuk mendirikan solat isyak di sebuah masjid berdekatan.

Susulan daripada kejadian yang berlaku, pemandu hakim yang berusia 30 tahun itu lalu membuat laporan polis pada 8 Januari jam 1.25 pagi.

Terdapat kesan gores dengan objek tajam selain nombor plat dan lambang ‘Hakim’ dicabut

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari memaklumkan pemandu terbabit mendedahkan kenderaan tersebut telah digores dengan objek tajam, dan nombor plat dan lambang ‘Hakim’ pada kereta itu didapati telah dicabut.

“Hasil risikan, sepasukan anggota Bahagian Siatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Polis Daerah Sentul menahan dua beradik lelaki berusia 15 tahun untuk siasatan.

“Kedua-dua suspek yang juga pelajar tingkatan tiga itu ditahan di sebuah rumah dekat Batu Caves di sini kira-kira jam 8.15 malam hari sama,” ujarnya, dipetik Berita Harian.

Suspek mengaku patahkan lambang hakim pada kenderaan tersebut

Selain ditahan, polis juga merampas dua pakaian serta lambang yang dipercayai dicuri ketika insiden terbabit berlaku.

“Siasatan mendapati kedua-duanya bertindak menconteng permukaan kereta hakim itu menggunakan sebiji batu ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai bermain bola di padang yang berdekatan.

“Seorang daripadanya turut mengaku sengaja mematahkan lambang hakim di kereta terbabit kerana mahu menghadiahkan kepada abangnya yang mempunyai nama ‘Hakim’.”

Jelas beliau lagi, dua beradik yang sebaya itu bukanlah saudara kembar tetapi mereka lahir pada tahun yang sama di mana abang lahir pada bulan Mac dan adik pula pada Disember.

Hasil semakan, mereka tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah dan sebaik selesai disoal siasat suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan sekiranya bersalah individu boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.