Baru-baru ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan sebuah kenderaan elektrik (EV) Tesla yang memecut secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan.
Menurut laporan Reuters yang memetik Jimu News, kemalangan yang berlaku di wilayah selatan Guangdong pada 5 November lalu telah menyebabkan seorang penunggang motosikal dan seorang pelajar perempuan sekolah menengah terbunuh.
Susulan insiden tersebut, syarikat Tesla (TSLA.O) akan membantu pihak polis China menyiasat kes kemalangan melibatkan kenderaan milik syarikatnya iaitu Tesla Model Y.
Sementara itu, polis trafik berkata, punca kemalangan masih belum dikenal pasti dan mereka masih mencari saksi kemalangan tersebut bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun, menurut ahli keluarga pemandu lelaki yang berusia 55 tahun itu berkata punca kemalangan akibat masalah pada pedal brek.
Namun Tesla berkata video tersebut memperlihatkan bahawa lampu brek kereta tidak menyala di saat kereta sedang bergerak laju dan datanya menunjukkan seolah-olah tiada tindakan menekan brek.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata seorang pemilik kereta warga China telah diarahkan oleh mahkamah untuk memohon maaf secara terbuka dan memberi pampasan kepada Tesla kerana komen dibuat oleh pemandu tersebut kepada media mengenai isu brek adalah tidak konsisten.
Pihak mahkamah mendakwa setiap kenyataan dari pemilik kereta itu boleh merosakkan reputasi syarikat pengeluaran kereta elektik ternama itu.
Difahamkan, ini bukanlah kes pertama kereta Tesla mengalami isu kegagalan brek, kerana syarikat itu pernah menghadapi dakwaan serupa di China sebelum ini.
Tahun lepas seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dan mendakwa brek keretanya mempunyai masalah telah melakukan protes dengan memijak bumbung sebuah kereta pameran Tesla hingga isu tersebut menjadi tular di media sosial.
Dalam keadaan itu, Tesla berkata pelanggaran had kelajuan adalah punca di sebalik kemalangan tersebut tetapi berjanji untuk memperbaiki cara mereka menangani aduan pelanggan.
Baca artikel berkaitan:
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…