Rawat Demam Selesema Dengan Air Garam

Bagai sudah menjadi tradisi apabila tiba musim cuti sekolah pasti ramai orang yang mengalami penyakit-penyakit seperti demam, batuk, selesema, dan sakit tekak terutamanya anak kecil. 

Kadangkala penyakit ini melarat selama beberapa hari walhal anda tidak terlajak memakan ubat.

Keadaan ini pasti mengganggu emosi lebih-lebih jika selesema anda sentiasa meleleh tanpa henti.

Jika itu apa yang anda atau ahli keluarga anda rasakan sekarang, apa kata baca perkongsian kami tentang satu rawatan berkesan dan mudah iaitu dengan menggunakan air garam seperti yang dikongsikan oleh laman Public Health Malaysia.

Rawatan Air Garam

Mereka yang mengalami demam selesema (demam/ batuk/ sakit tekak/ selsema) amat disarankan untuk menggunakan rawatan air garam.

Ini kerana sel tubuh manusia akan menggunakan klorida dari garam untuk menghasilkan cecair peluntur iaitu hypoclorus asid yang berfungsi sebagai pembunuh virus .

Kaedahnya?

Kaedahnya mudah sahaja, sama anda anda titiskan larutan air garam tadi ke dalam hidung bagi yang selesama atau berkumur 3 kali sehari untuk mereka yang mengalami sakit tekak dan batuk.

Selain membunuh virus, titisan air garam di hidung juga berfungsi sebagai agen mencairkan mukus pekat yang tersumbat pada saluran pernafasan.

Cara penyediaan:

Cara menyediakan larutan air garam ini adalah mengikut The Edinburgh and Lothians Viral Intervention Study (ELVIS) iaitu dengan

  • Menggunakan air yang sudah dimasak terlebih dahulu.
  • Ambil 1 sudu teh garam dan tambahkan separuh cawan air masak (100ml).Jika air terlalu masin, tambah air lagi.

Hasil kajian ringkas penyelidik mendapati, dengan menggunakan kaedah ini:

  • Jangkitan dapat sembuh lebih pantas dalam tempoh kurang 2 hari.
  • Risiko menyebarkan kuman kepada orang lain dapat dikurangkan
  • Dapat mengelakkan anda dari perlu mendapatkan rawatan di klinik sekaligus menjimatkan kos
  • Dapat mengelakkan penyalahgunaan antibiotik

Secara purata, seorang individu akan menghidap deman selesema 3 kali setiap tahun.

Selain menyebabkan rasa tidak selesa, komplikasi serius seperti pneumonia juga boleh berlaku jika ianya berterusan.

Recent Posts

  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

14 mins ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

56 mins ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

2 hours ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

3 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

5 hours ago