Universiti Ini Tawar Kursus Rawat Rasukan Hantu
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap pusat pengajian tinggi memiliki pelbagai jenis pengajian atau jurusan yang ditawarkan kepada pelajar lepasan sekolah menengah sesuai dengan minat dan bakat mereka.
Antara yang popular dan sering menjadi pilihan di masa kini adalah jurusan perubatan, kejuruteraan, seni bina, perakaunan, multimedia dan banyak lagi.
Namun percaya tak kalau kami katakan ada juga pusat pengajian tinggi yang menawarkan jurusan atau pengajian yang pelik seperti kos merawat rasukan hantu.
Pelik kan? tapi itulah kebenarannya, kos ini ditawarkan oleh sebuah universiti yang terkenal di India iaitu Universiti Banaharas Hindu(BHU) dan dijangka akan bermula pada Januari 2020 ini.
Memetik Sinari Harian, kurus pengajian selama 6 bulan oleh universiti di bandar utara Varanasi ini akan memberi tumpuan kepada gangguan psikosomatik yang sering dikelirukan dengan kejadian paranormal.
“Kursus tersebut akan dijalankan di Fakulti Ayurveda yang merupakan sistem perubatan dan rawatan kuno Hindu,” katanya.
Dalam masa sama sebuah unit berasingan Bhoot Vidya (kajian hantu) juga telah ditubuhkan di universiti berkenaan.
“Bhoot Vidya akan berdepan dengan penyakit berkaitan gangguan psikomatik yang berpunca daripada sebab yang tidak diketahui dan penyakit minda atau keadaan psikik,” kata Dekan Fakulti Ayurveda, Yamini Bhushan Tripathi.
Dengan tertubuhnya kampus serta tawaran kursus sebegini, BHU menjadi kampus pertama di India yang menawarkan kursus seumpanyanya yang akan mengajar pelajar perubaran cara untuk ‘merawat’ penyakit berkaitan hantu.
Difahamkan, terapi Ayurveda biasanya menggunakan ubat-ubatan herba, perubahan diet, urutan, pernafasan dan bentuk latihan fizikal lain.
Jadi buat anda yang memang memang bidang-bidang sebegini, bolehla berfikir-fikir untuk menyertai kursus pendek tawaran BHU ni. Hehe