fbpx
Now Reading
“Pocong Pun Dah Takda Harga Diri” – Budak Ketawa Nampak Hantu, Siap Suluh & Rakam Buat Ramai Terhibur [Video]

“Pocong Pun Dah Takda Harga Diri” – Budak Ketawa Nampak Hantu, Siap Suluh & Rakam Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video terbabit, kelihatan suatu entiti berwarna putih seakan pocong sedang berdiri tegak berdekatan sebuah pokok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Makhluk halus sememangnya wujud dan sering dikaitkan dengan sesuatu yang menyeramkan. Sebagai umat Islam pula, kita diwajibkan mempercayainya kerana ia jelas tertulis di dalam al-Quran dan hadis-hadis.

Makhluk halus atau jin ini juga boleh menjelma dalam pelbagai bentuk menyebabkan ia sering digelar sebagai hantu.

Meskipun kewujudan jin tidak dapat dilihat melalui mata kasar, tetapi bukanlah sesuatu yang mustahil untuk makhluk halus ini menunjukkan dirinya di hadapan manusia dengan izin Allah SWT.

Kalau dah terjumpa hantu, pasti perasaan takut itu susah untuk digambarkan.

Tular video kanak-kanak terlihat penampakan seperti hantu pocong

Pun begitu, lain pula yang berlaku pada beberapa orang kanak-kanak ini selepas tular video mereka melihat suatu penampakan pada waktu malam.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @urahmesengg, kelihatan suatu entiti berwarna putih seakan pocong sedang berdiri tegak berdekatan sebuah pokok.

Kanak-kanak tak takut, siap suluh dan rakam

Namun apa yang menariknya, kanak-kanak terbabit tidak melarikan diri dan sebaliknya hanya ketawa melihat penampakan pocong tersebut.

Tidak hanya itu, mereka juga menggunakan lampu suluh untuk menyuluh entiti terbabit sambil merakamnya.

“Budak kampung ini memang limited edition,” tulis kenyataan di dalam video.

Difahamkan, kejadian penamapakan pocong itu berlaku di salah sebuah kawasan perkampungan di Kuatan, Pahang.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 30 saat itu telah mendapat lebih 85,000 tanda suka dan 3,000 komen.

Netizen terhibur lihat reaksi kanak-kanak terbabit nampak hantu

Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok terhibur melihat reaksi kanak-kanak terbabit yang hanya tertawa saat melihat hantu.

Tidak hanya itu, mereka turut memberi pujian kerana kanak-kanak berkenaan begitu berani dan tidak mempunyai perasaan takut sama sekali.

Bagaimanapun, kesahihan video penampakan pocong itu tidak dapat dipastikan sama ada ia benar hantu betul atau hanya sekadar konten.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Lari Ketakutan Selepas Terambil Foto ‘Hantu’ Mengintai Dari Pintu Dapur

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.